Empat puluh lapan

1.4K 200 790
                                    

Sorry kalau chap ni bosan ")

"Mummy, kenapa nenek dengan ayah tak balik-balik lagi?" tanya Changbin. Hyunjin yang sedang melipat kain hanya diam.

"Mummy?" panggil Changbin.

"Jangan tanya mummy fasal nenek kau, mummy merajuk dengan dia." kata Hyunjin sambil melipat baju dengan tidak ikhlas. Changbin mengerutkan dahi. Masalah ekosistem apa pula yang melanda antara nenek dan ibunya ini?

"Lah, kenapa mummy merajuk dengan nenek? Riz rasa mummy yang banyak buat salah bukan neー  OKEY OKEY SORRY!" Changbin pantas meminta maaf apabila Hyunjin menatapnya dengan tajam sambil memegang sebuah penyangkut baju.

"Riz jangan sesekali nak sokong nenek, mummy ni mummy Riz! Mummy yang dah mengandungkan Riz sembilan bulan sepuluh hari, mummy yang teman kau masuk jamban memalam buta masa kau kecil dulu!"

"Yelah yelah, Riz sokong mummy je." ujar Changbin, pasrah. Jika dia tidak setuju maka bebelan Hyunjin akan menjadi lebih panjang.

"Bagus, sekarang mana adik kau?"

"Tadi keluar dengan mak su."

"Kau bagi mak Su kau tu keluar dengan Ayyan? Kau yakin ke yang si Mirah tu tak buli adik kau?" tanya Hyunjin.

"Alah baguslah kalau mak Su buli dia, Riz pun dah lama tak nampak Ayyan kena buliー HUWAAA MUMMY SAKIT!!" Changbin menggelibas apabila Hyunjin memukul bontotnya dengan penyangkut baju.

"Ish, kau kan abang sulung! Jagalah adik kau tu elok-elok!"

"Huhuhu mummy jahat, mummy tak sayang Riz!"

Klek

"Ish ish ish, masuk masuk je dah nampak scene penderaan kanak-kanak bawah umur." Seungmin menggelengkan kepala melihat Hyunjin yang sedang memukul anaknya tanpa belas kasihan.

"Tepilah, aku nak masuk! Panas ni!" kata Minho kerana Seungmin menghalang laluan masuk. Namun seperti biasa, Seungmin hanya berdiri di situ untuk menyakitkan hati Minho.

Kesabaran Minho melayani dengan sikap suaminya mula menghilang, dia menarik lengan Seungmin dan menggigitnya dengan kuat.

"ARGHHHHHH!" jeritan Changbin kini telah bersatu dengan jeritan Seungmin sehingga membuat jiran mereka keluar untuk melihat gerangan siapakah yang telah didera.

"Astaghfirullah, mak cik. Laki mak cik tu!" tegur Younghoon. Minho melepaskan lengan Seungmin dan menoleh ke Younghoon. Dan Seungmin mengambil kesempatan untuk berlari ke arah Younghoon.

"Kau jangan masuk campur urusan aku!" marah Minho.

"Tapi mak cik, mak cik janganlah ganas sangat. Saya pun naik ngeri dengar pak cik Halim menjerit."

"Kan kan, dia punya perangai mengalahkan setan mengamuk sebab kalah judi!" sokong Seungmin. Hyunjin keluar dari rumah setelah membuat Changbin menangis keinsafan.

"Kenapa Mirah?" tanya Hyunjin apabila dia melihat Minho seperti menahan geram.

"Halim kata Mirah macam setan mengamuk sebab kalah judi!"

"Woi, Halim! Bini kau sendiri tu oi!" marah Hyunjin.

"Mak cik... Mak cik... sabar, jangan gaduh. Bak kata bro Masdo, aunty don't angry angry later faster oldー"

"AH KAU DENGAN ADIK SEDARA KAU SAMA JELAH! SINI KAU!" Younghoon yang tidak tahu menahu tentang kejadian antara Chanhee dan Hyunjin itu langsung berlari apabila dirinya tiba-tiba dikejar.

"APA NI, ACIK? KENAPA KEJAR SAYA?"

"KAU JANGAN BUAT-BUAT INNOCENT! ERGH PEHAL KAU LARI LAJU SANGAT NI WOI!"

Han FamilyWhere stories live. Discover now