Special Chapter

Começar do início
                                    

Seungmin menggelengkan kepala, sudah lali dia dengan perangai nakal Minho ini. Pintu rumah dibuka dan mereka pun melangkah masuk.

"Awal kau balik hari ni. Selalunya pukul lima baru sampai." ujar Minho.

"Siapa tadi yang paksa aku balik awal sebab nak aku buatkan nasi goreng? Sampai aku kena bohong dengan majikan aku semata-mata nak balik awal."

Minho tersengih sementara Seungmin memutarkan mata. Dia pergi ke dapur, bahan-bahan untuk membuat nasi goreng dikeluarkan dari peti sejuk.

Tiba-tiba pergerakan Seungmin terhenti ketika ia teringat akan sesuatu yang penting.

"Mirah."

"Hm?"

"Apa bahan-bahan nak buat nasi goreng?" tanya Seungmin. Minho berdecit, patutlah dia tengok ada yang tidak kena. Sampai serai dan lengkuas pun Seungmin ambil sekali.

"Takkan tu pun aku nak kena bagitahu bahannya? Benda simple kot. Budak-budak pun tahulah." ejek Minho.

"Kang aku main campak-campak je kau juga yang sakit perut nanti. Kalau kau aku tak kisah sangat sebenarnya tapi yang dalam perut tu aku kisah. Dahlah emaknya tak reti nak duduk diam, asyik nak berlari sana sini. Patutnya dah tahu diri tu mengandung banyakkan duduk, ni tak, kalau boleh nak lari sampai kaki tu patah. Dia tu dahlah dah mengandung sembilan bulan tapi buat macam baru mengandung seminggu."

Minho memeluk tubuh, suaminya sudah memulakan sesi berleter.

Sejak usia kehamilan Minho memasuki bulan ketujuh, hampir setiap hari Seungmin akan memberi leteran bila Minho melakukan hal yang tak kena di mata. Sampai muak Minho mahu mendengar.

"Ish, kau ni! Bebel mengalahkan perempuan! Baik kau jadi perempuan je lah sana!" marah Minho, dia mengambil bahan-bahan membuat nasi goreng yang betul. Tubuh Seungmin ditolak agar memberinya lebih banyak ruang.

"Ish, janganlah kat sini. Pergi sana!" halau Minho. Seungmin kebingungan.

"Bukan ke kau suruh aku buat nasi goreng?"

"Aku tak nak mati awal."

Seungmin mengangkat bahu, dia mahu pergi ke biliknya namun Minho pantas memprotes.

"Janganlah tinggalkan aku sorang-sorang kat sini!"

"Aik? Tadi kau yang halau aku."

"Memanglah tapi jangan bla terus! Kalau aku jatuh lepas tu guguー"

"HEI HEI!" Seungmin menekup mulut Minho, dia merenung isterinya dengan tajam.

"Suka sangat cakap benda yang bukan-bukan! Nak kena sallotape mulut tu?" marah Seungmin. Dia melepaskan mulut Minho sebelum mencuci cili dan sayuran lain di sinki.

Mereka diam melakukan kerja masing-masing. Bau tumisan nasi goreng memenuhi area dapur, Minho yang sedang menumis sekali sekala menjeling Seungmin yang duduk termenung di kerusi makan.

Bibirnya dicebik. Sengaja dia mengetuk kuali menggunakan sudip kuat-kuat untuk menarik perhatian.

Tuk!

Han FamilyOnde as histórias ganham vida. Descobre agora