****

Zahra meninjau muka Syaf yang tekun menjahit manik. Dia nak tanya tapi tidak terkeluar isinya. Dia nak diam tapi hatinya membuak-buak nak bertanya. 

" Kau kenapa kak ? Ada benda nak tanya ke ? Dari tadi tenung aku macam nak makan aku. " Syaf menguntum senyum segaris. 

" Azka...makin hari makin pelik. Dia selalu mention mak. Kau tahu apa-apa tak ? " Zahra berterus terang dengan adiknya. Dia tahu adiknya lebih rapat dengan maknya. 

" Hm..sejak bila Azka berubah ? " 

" Entahlah..before ni okay je tapi lately ni dia kerap sebut mak. Asal eh ? " soal Zahra. 

" Kau ada tanya mak tak ? " 

" Ishh! Memang taklah nak tanya mak. Kang mak syak yang bukan-bukan, tak pasal-pasal telinga aku kena piat. " Walaupun sudah menjadi isteri orang dan mak orang, Puan Has tetap memiat telinga anak-anaknya jika cara mereka tidak kena dengan matanya. 

" Hari tu, mak ada jumpa Azka. Tapi masa tu Azka sorang jelah..kau tak ada. Mungkin mak bincang pasal rumah lah kot dengan Azka. " 

" Rumah ? "

" Ha rumah..kan mak minta Azka carikan orang yang boleh betulkan pagar rumah. Hari tukan mak kena culik...dia paranoidlah kot..lepas tu bla bla..." 

Fikiran Zahra menerawang. Dia teringat kata-kata Ain. Ain akan pastikan keluarga mereka berpecah belah. Zahra bangun mengejut! 

" Eh?! Kau kenapa Zahra ? Kena rasuk ke ? " Terkejut Syaf bila Zahra bangun tiba-tiba sambil terbuntang mata. 

" Aku kena jumpa laki aku ! Aku nak dia bukak mulut sendiri. " Zahra berlari meninggalkan Syaf yang terpekik-pekik melaung namanya. 

Syaf segera menyambar telefon bimbitnya diatas meja. Dia mencari nama Azka. 

" Azka! Zahra dah syak bukan-bukan pasal mak dengan kau ! " 

****

Leo tersenyum menyambut kedatangan Zahra. Agak terkejut sedikit apabila Puan Muda datang ke pejabat Mation tanpa memberitahu terlebih dahulu. 

" Hai Puan Muda Zahra Radhia. " Sapa Leo memandang muka manis Zahra.

" Hai Leo! Azka ada ? Zahra nak jumpa dia sekejap. " Ujar Zahra.

" Ada tu ada, tapi sekarang dia ada meeting dengan.." Serentak kepala mereka beralih kepintu bilik Azka. Berubah muka Zahra apabila melihat Sergius yang menyingai nampak figura Zahra.

" Hai Puan Muda! " Sergius segera merapati Zahra.

" Hai..." Zahra memerhati lelaki dihadapannya ini. Macam pernah kulibat tapi dimana ya ?

" Kenalkan ini Sergius. Pengarah Dk Club. Orang kanan Dato Khalid. " Ujar Azka.

" Oh! Hai Sergius. " Zahra melemparkan senyum segaris.

Sergius terasa cair dengan perempuan dihadapannya ini. Manis. Tapi ini adalah isteri kepada ketua Mation.

" Saya minta diri dulu. Ada urusan lain yang saya kena uruskan. Terima kasih Tuan Muda. " Sergius dan Azka bersalam dan menganggukan kepala tanda saling hormat menghormati.

Hilang sahaja figura Sergius, Zahra menarik tangan Azka masuk ke dalam pejabat dan menghiraukan mata Leo yang membulat.

" Zahra nak rogol Azka ke ? " Gumam Leo perlahan.

****

" Wow! Kau dah tak sabar ke sayang? Kenapa tarik-tarik aku ni. " Azka memusingkan badan Zahra sehingga Zahra tersandar ke dinding.

Zahra tersenyum melihat mata Azka yang kuyu. Kedua tangannya dililitkan dileher Azka.

Dahi mereka bercantum. Hanya menunggu untuk Azka merangut bibirnya.

" Saya sayang awak.." Ucap Zahra perlahan. Penuh romantis.

" Aku sayang kau jugak. " Balas Azka lembut.

" By the way wife, this is Mation! Dalam bilik aku ada CCTV! " Azka menolak Zahra ketepi.

Azka fikir ada CCTV sahaja, kalau tidak dah lama tudung Zahra terbuka.

Zahra berdecit! Baru nak khayalkan Azka.

" Kenapa kau datang sini? " Azka mengalihkan pandangannya kearah laptop.

" Saya nak tanya awak, awak ada sembunyikan apa-apa dari saya ke sayang? " Zahra melabuhkan punggungnya dihadapan Azka.

" Ada. " Jawab Azka sepatah.

" Apa dia? Kenapa awak tak share dengan saya? "

" Benda tu kau tak perlu tahu dan kau tak perlu ambil tahu. " Ringkas namun membuatkan hati Zahra tersentak.

" What?! Tak perlu?! " Zahra terkejut.

" Yes! Benda yang aku sembunyikan ni tak ada kaitan dengan kau dan kau tak perlu tahu pun Zahra Radhia. "

" How about my status? Function saya dalam hidup awak apa Azka? " Zahra merenung tajam mata Azka.

" You are my wife. Ibu kepada anak-anak aku. " Jawab Azka sepatah.

" Dan? Tanggungjawab saya adalah mengambil tahu hal-hal berkaitan dengan suami saya. " Ucap Zahra.

" Saya dah penat asyik nak kena bermain dengan teka teki. Asyik nak hadap persoalan dalam kepala saya. Awak tak pernah sekali pun cerita apa yang awak hadap dan awak sembunyikan apa masalah yang awak ada. Saya tahu sekarang bukan waktu yang sesuai untuk kita deeptalk. Tapi sayang.."

" Enough Zahra Radhia! " Potong Azka. Zahra terdiam. Azka tak tinggikan suara tapi nada Azka itu lebih kepada arah tegas dan keras.

" Ini pejabat dan bukan rumah untuk kita bercakap pasal rumah tangga kita. Bagi aku tak ada apa-apa masalah pun. Jangan fikir negatif dan overthinking dengan apa yang aku buat! " Ujar Azka.

Zahra menikus. Keadaan sunyi sepi. Zahra mendiamkan diri dan mengangkat punggungnya perlahan-lahan.

" Saya balik dulu. Assalamualaikum. " Zahra berlalu pergi tanpa memalingkan muka kearah Azka.

Adakah dia berlebihan dalam urusan Azka ?

Wajib baginya untuk berlebihan. Ini berkaitan dengan rumah tangga dan kehidupan dia. Azka suami dia!

Hilang sahaja kelibat Zahra, Azka meraup mukanya kasar. Dia berdiri dan menghadapan tingkap yang memaparkan kesibukan Kuala Lumpur.

Kalaulah Zahra tahu apa yang Puan Has katakan, mampukah Zahra menerima keputusan itu? Sampai ke hari ini tiada siapa pun yang tahu apa yang terjadi.

Dia sayangkan semua. Sayangkan Puan Has. Dengan Puan Has dia dapat merasa kasih sayang seorang ibu. Namun, disebabkan mulut Ain, sekarang dia hilang satu per satu.

Azka sendiri buntu dengan keadaan yang dia hadapi. Apakah takdir memihak padanya atau tidak?



Assalamualaikum kesayangan Qay. Maaf kalau Qay macam chipsmore. So kita dah masuk bab yang akan bikin kamu orang rasa sedih teramat ya..kalau nak happy² memanjang je mcam bosan lak ann, jadi Qay akan bikin cerita ini syeram sikit. Tpi bukan hantulah, plot twist dia akan buat korng rse sakit hati + sedih! Muahciked


CDTM 2Where stories live. Discover now