Qisyariq | 35

7K 561 152
                                    

BUNYI dentuman kuat itu membuat Ariq mengalirkan air mata di sebalik mata yang terpejam. Sosok seseorang yang jatuh di depannya itu membuatkan Ariq terus membuka matanya. Tercungap-cungap nafasnya menahan rasa takut.

Dia mimpi buruk. Mimpinya persis peristiwa kematian arwah Akhtar. Trauma? Mungkin tapi Ariq cuba untuk menghilangkan rasa itu. Dia tak mahu diselubungi perasaan takut seumur hidup.

Dia terbatuk halus, dadanya yang terasa sakit itu disentuh. Sakitnya semakin memburuk. Apatah lagi dia langsung tak makan ubat. Kepalanya masih panas. Ingin bangun pun, Ariq rasa tak larat.

Andaikan ada orang yang merawatnya, mungkin dia takkan selemah ini. Namun, Qisya masih mengurungkan diri di bilik sebelah. Dia langsung tak menjaga Ariq.

Saat itu hanya insan bernama Aish Rayhan yang terlintas di fikirannya. Telefon bimbit diambil lalu nombor Aish didail. Tak menunggu lama, panggilan terus diangkat.

"Hello?" Kedengaran suara Aish di hujung talian.

Ariq diam seketika. Tiba-tiba dia rasa sebak. Dia rindu abang kembarnya itu. Mereka sudah jarang berjumpa.

"Ahan? Hello?"

"Ayan... Aku rindu kau hm," adu Ariq dengan nada manjanya. Demam memang begini sikapnya!

"Kau okay tak ni? Masih demam ke?" Seakan faham keadaan Ariq, Aish terus panik bertanya.

Suara batuk Ariq itu terus menjawab pertanyaan Aish. Panggilan terus tamat. Ariq melihat skrin yang sudah hitam itu. Kenapa Aish tiba-tiba end call?

"Ayan pun dah tak sayang aku ke?" sebak Ariq memikirkan hal itu. Mula lah dia overthinking!

"Sakit... Ya Allah, aku rasa sakit sangat." Dadanya dipegang. Terlalu sulit untuknya bernafas. Sedih sebab takda orang yang merawatnya.

Mata cuba dipejam namun dia tak boleh tidur. Seluruh badannya terasa sakit. Sudahlah perutnya kosong. Sejak Qisya tak makan, Ariq juga tak makan. Dia tak berselera.

Beberapa minit kemudian, pintu biliknya dibuka dari luar. Dia menoleh ke arah pintu. Kelihatan wajah risau Aish. Dia datang bersama seplastik ubat di tangannya.

"Ayan!" Ariq mengetap bibir menahan sebak. Dia lega melihat wajah kembarnya itu.

Aish terus mendekatinya. Dia duduk di birai katil. Suhu badan Ariq diperiksa menggunakan termometer. Dia mengeluh kecil melihat suhu yang tinggi itu. Pipi kiri Ariq diusap lembut. Tatapan mata sayu adiknya itu membuat Aish merasa bersalah.

"Kenapa tak makan ubat hm?" soal Aish turut menahan sebak. Dia tak suka melihat adik kembarnya itu sakit.

"Tak suka makan ubat." Air mata Ariq mengalir. Dia paling benci ubat!

"Ish kau ni macam budak-budak! Tak kira, kau kena makan juga." Plastik berisi ubat dibuka lalu dia menyuakan ubat itu pada Ariq.

"Taknak!" rengek Ariq sambil membuat muka comel.

"Kau demam panas sangat! Kalau makin teruk, macam mana?" tegas Aish agar Ariq mendengar cakapnya.

"Biarlah aku mati," kata Ariq selamba.

"Ish mulut tu!" Aish melastik lembut dahi Ariq. Geram!

"Ayan... Qisya tak sayang aku lagi." Ariq mengadu sekaligus menukar topik agar tak makan ubat lagi.

"Maksud kau?" Aish mengangkat sebelah keningnya.

"Dia marah aku. Dia kata aku punca arwah Akhtar mati." Ariq mengadu lalu mencebik bibirnya.

"Kenapa pula?" Aish fokus meminjamkan telinga untuk mendengar luahan hati si adik.

"Arwah Akhtar dibunuh. Suspek utama sekarang ni H. H kan berdendam dengan kita. Dia kata kalau aku tak rapat dengan Akhtar, mungkin H takkan target dia. H sengaja bunuh Akhtar supaya aku takut dengan dia." Penjelasan Ariq itu membuat Aish berubah riak wajah.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now