Qisyariq | 49

7.3K 635 134
                                    

ARIQ termenung lama memikirkan tentang Syafiq. Nampaknya, kawan baiknya itu tak menipu. Jelas ada bukti Syafiq berada di kampung halamannya ketika malam Majlis Power Chef setelah dikaji semula.

Perasaan bersalah menyelubungi dirinya. Sepatutnya dia lebih mengawal emosinya. Sampai sekarang kawan baiknya itu tak memunculkan diri lagi di depan mereka.

'Kenapa Syafiq mengingatkan aku dekat arwah Harith? Macam mana kalau Syaf tak bersalah macam Rith? Kalau dia hanya difitnah, macam mana?' Andaian itu kerap bermain di fikirannya. Dia takut.

"Boboiboy okey tak ni?" Wajah Qisya yang baring di atas pahanya ditatap tatkala isterinya itu bertanya.

"Pororo, boboiboy nak tanya."

"Apa dia, boboiboy?"

"Betul ke waktu malam majlis tu awak jumpa Syafiq?" Qisya diam seketika sebelum dia menjawab soalan itu.

"Haah."

"Tapi Syafiq ada dekat kampung dia waktu tu." Ariq hairan seketika. Bagaimana Syafiq boleh ada dua orang?

"Sebab memang bukan dia," ujar Qisya dengan keluhan kecil. Sudah tiba masanya Ariq tahu semuanya.

"Hah?"

"Malam tu H yang datang. Dia menyamar jadi Syafiq Harraz." Membulat mata Ariq mendengar kenyataan itu.

"Maksud awak?"

"H pandai tiru suara orang. Malam tu, dia pakai topeng kulit wajah serupa Syafiq untuk menyamar. Dia sengaja nak fitnah Syafiq tu H," terang Qisya agak bersimpati dengan nasib Syafiq.

"Syafiq tak bersalah?"

"Haah. Syafiq bukan H."

"Kenapa awak tak bagitau saya?" soal Ariq agak terkilan kerana Qisya merahsiakan hal penting itu.

"Sorry, saya lupa," dalih Qisya padahal dia yang belum bersedia sebelum ini.

"Tapi... Kami dah tuduh dia yang bukan-bukan. Dah sebulan dia pergi." Ariq meraup kasar wajahnya, dia rasa sangat bersalah.

"Awak pujuklah dia. Kasihan dia kena tempias. Ni salah saya. Sepatutnya saya bagitahu awak lebih awal." Qisya turut merasa bersalah kerana terlambat jujur.

"Haih... Aku bodoh. Patutnya aku siasat lebih supaya tak salah." Ariq mula menyalahkan dirinya. Dia terlalu ada trust issues.

"Saya nak pergi sebelah jap."

"Ariq, saya nak ikut."

Mereka mengatur langkah ke sebelah rumah. Ariq membuka pintu rumah Izzat lalu mereka masuk ke dalam tanpa disuruh.

"Eh Far?" Izzat agak terkejut melihat kedatangan mengejut pasangan kekasih itu.

"Belum ada khabar dari Syaf ke?" tanya Ariq yang masih dihuni perasaan bersalah.

"Belum. Dia langsung tak on phone dia," jawab Izzat agak sedih.

Kerusi yang selalu diduduki oleh Syafiq ditatap sayu. Sudah sebulan berlalu, lelaki itu langsung tak balik ke rumah TS6. Dia benar-benar pergi menghilang. Ariq rindu kawan baiknya itu.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now