Qisyariq | 43

6.1K 582 58
                                    

TEMPAT tidur di sebelahnya yang kosong ditatap sayu. Sepi malamnya tanpa sosok seorang suami. Sudah dua hari Ariq tak pulang ke rumah dan mengabaikan Qisya. Tiada lagi Ariq yang prihatin seperti dulu.

"Ariq... I miss you." Kelopak matanya bertakung mengenangkan hubungan mereka yang makin renggang.

Perasaan panik menyerang diri Qisya memikirkan tentang Ariq. Dia takut lelaki itu akan menceraikannya. Dia belum bersedia kehilangan orang yang dicintainya itu.

"Aku bodoh. Ni semua salah aku. Aku tak patut tipu Ariq. Aku tak patut pergunakan dia. Aku tak patut dengar cakap H. Aku tak patut khianati Ariq. Aku dah hancurkan hati dia..." Qisya mula menyalahkan dirinya.

"Aku punca Akhtar mati. Aku punca Ariq menderita. Aku cuma pembawa malang." Lutut dirapatkan ke dada lalu dia melentokkan kepala di atas kepala lututnya.

"Aku yang patut mati, bukan Akhtar. Kalau Akhtar tak tahu plan aku, dia takkan dibunuh. Ni semua salah aku."

"Kalau aku tak setuju plan dengan H, Ariq takkan kecewa dengan aku. Ni semua salah aku. Aku yang dah hancurkan semuanya. Aku jahat!"

Kepala diangkat lalu dia menampar wajahnya berkali-kali. Dia menyesal.

"Aku tak patut buat semua ni!"

"Kau selfish, Qisya Rihana!" Dadanya yang terasa sesak itu pula dipukul kuat. Pedih yang dirasakannya.

Dia memang suka menyakiti dirinya ketika marah untuk menenangkan diri. Qisya sendiri yang tak mahu ikuti terapi mahupun dapat rawatan. Dia tak mengaku yang dia ada masalah mental. Baginya, dia cuma panik biasa.

Qisya duduk di birai katil. Ubat penenang dalam laci diambil lalu ditelan sebanyak yang mungkin. Selain self harm, hanya ubat ini yang mampu menenangkannya.

"Janji dengan aku, jangan self harm lagi lepas ni. Aku taknak tengok ada luka baru di tangan kau. Jangan pernah cederakan diri sendiri no matter what happens. Promise me?"

"Jangan self harm lagi, Qisya. Aku merayu jangan buat aku risau."

Pesanan Ariq itu menghalang tindakan Qisya dari terus melukai dirinya. Dia rindu suaminya itu. Terlalu rindu.

Nombor telefon Ariq didail namun tak diangkat entah untuk kali yang ke berapa. Terlalu sakit rasanya apabila diabaikan namun Qisya sedar Ariq jauh lebih sakit disebabkan sikapnya selama ini.

Dia terus teringat amaran Ariq sewaktu lelaki itu memberinya peluang terakhir.

"Kau belum kenal siapa Farhan. Ariq memang baik tapi Farhan tak. Sekali aku jadi dia, aku takkan balik pada kau lagi."

Sekarang, Ariq berubah jadi Farhan kah? Benarkah tiada lagi belas kasihan untuk Qisya? Tiada lagi kah Ariq yang pemaaf seperti dulu?

"Aku rindu dia." Wallpaper telefonnya yang memaparkan gambar tampan Ariq ditatap sayu.

Nombor Qarizh pula didail. Tak menunggu lama, panggilan diangkat.

"Abang..." sapa Qisya lemah.

"Yes Hana? Are you okay?"

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now