Qisyariq | 11

8.9K 888 247
                                    

Suasana menjadi hening seketika. Qarizh dengan riak wajah seriusnya, Akhtar dengan muka bingungnya manakala Qisya hanya santai memikirkan ayat untuk melawan Qarizh.

"Hambar betul lawak abang ni."

"Abang serius. Sekurang-kurangnya kalau Hana kahwin dengan Akhtar, dia boleh jaga keselamatan Hana di dalam dan luar rumah." Ujar Qarizh dengan yakinnya.

"Hana boleh jaga diri sendiri lah ish! I don't need a man to survive!" Qisya berbicara sambil bersilang tangan di dada. Ingat dia lemah sangat ke?!

"Kalau Hana tak nak, abang akan hancurkan plan Hana."

"Apa main ugut-ugut ni? Ingat Hana nak takut lah tu?" Qisya tersenyum mengejek. Sedikitpun dia tidak takut mahu melawan perintah Qarizh.

"Syarat dia simple je. Kahwin dengan Akhtar. Abang jamin Akhtar boleh jaga Hana." Cadang Qarizh semudah ABC. Dia cuma ingin keselamatan adiknya itu terjamin.

"Come on, bro. Ni dah 2023! Takda maknanya nak main kahwin paksa bagai." Bantah Qisya sambil membuat tangan tanda pangkah. Dislike, dislike!

"Kalau Hana tak nak, abang akan paksa Hana balik ke Europe." Qarizh mengugut tanpa henti.

"No! Orang kata tak nak tu, tak nak lah! Jangan paksa-paksa boleh tak?! Hana anggap Akhtar ni dah macam abang tau." Tegas Qisya bersuara agar lelaki itu faham.

"Takkan lah Hana nak kahwin dengan lelaki yang Hana langsung tak cinta? Akhtar is my best friend! Memang tak lah Hana nak jatuh cinta kat dia! Hana cuma sayang dia sebagai best friend!"

Akhtar menunduk. Dia terluka mendengar ayat Qisya itu. Selama ini Qisya hanya menganggapnya sebagai kawan baik tanpa ada perasaan suka walau sedikitpun? Benarlah perasaannya hanya bertepuk sebelah tangan? Sakit. Tak sanggup.

"Cinta letak tepi. Yang penting Akhtar boleh jaga Hana." Qarizh memujuk.

"Kalau macam tu, biar Hana kahwin dengan pilihan Hana sendiri." Qisya memberi kata putus ketika terfikirkan seseorang.

"What?"

"Hana dah ada calon sendiri."

"Siapa?" Soal Qarizh dan Akhtar serentak sambil merenung tajam wajah Qisya.

"Ariq Farhan." Sebaris nama indah itu disebut di bibir merah Qisya.

"Ariq Farhan ex boyfriend Hana?" Qarizh agak terkejut mendengar nama Ariq. Walaupun sudah 10 tahun berlalu, dia tetap ingat lelaki itu.

"Yes. Kalau Hana perlu kahwin, Hana akan pilih dia untuk dijadikan suami."

"Kenapa Ariq?"

"Sebab Hana suka dia." Jawab Qisya seyakinnya. Dia tidak mahu berkahwin kalau bukan dengan bekas kekasihnya itu!

Hati Akhtar terasa hancur ketika itu. Qisya menolaknya sebagai suami dan sekarang mengaku dia ada perasaan terhadap bekas kekasihnya itu. Harapan Akhtar sudah punah. Dia mengalah tanpa memulakan perjuangan.

"Lagipun Hana rasa Akhtar pun ada pilihan sendiri. Kan, Tar?" Qisya menoleh ke arah Akhtar yang masih menunduk itu. Akhtar mengangkat kepalanya dan matanya bertembung dengan mata Qisya.

"Betul lah apa kau cakap. Mustahil best friend macam kita ni akan kahwin kan?" Perlahan Akhtar berkata, riak wajah kecewa dikawal agar tidak kelihatan.

"Betul tu!" Pantas Qisya bersetuju. Akhtar tersenyum pahit.

"So kalau abang nak sangat Hana kahwin, Hana akan kahwin dengan Ariq. Full stop."

"Hana yakin dia boleh jaga Hana?"

"Yes. Ariq tu caring, sweet and soft spoken sikit walaupun kadang kasar and tegas tapi dia tetap comel. Hana suka dia and Hana akan kahwin dengan dia nanti." Qisya tersenyum ketika memberitahu tentang bekas kekasihnya itu. Lelaki itu sangat sempurna di matanya.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now