Qisyariq | 30

6.6K 505 75
                                    

KAKINYA melangkah masuk ke dalam studio milik arwah Harith. Setiap kawasan itu ditatap sayu. Aish rindu semua tentang kawannya itu. Dulu tempat ini menjadi tempat mereka menghabiskan masa bujang bersama-sama namun dua orang sudah pergi dari dunia ini.

"Ray!" sapa Izzat yang sudah berada di dalam itu.

"Yo bro! Yang lain mana?" Aish menepuk bahu Izzat bagi menyapa.

"Fiey and Prince tengah keluar beli barang, Far and Syaf belum sampai."

Aish mengangguk. Dia mengambil tempat duduk di depan piano. Piano kesayangan arwah Harith. Dulu arwah selalu memainkan melodi indah menggunakan piano ini. Aish rindu Harith. Dia juga rindu pada Ziyad. Dia rindu Imam Boys.

"Ray, aku nak cakap sikit." Izzat mula bersuara setelah berfikir lama.

"Cakap jelah banyak-banyak." Aish berpusing untuk menghadap Izzat.

"Pasal kes kematian arwah Harith." Riak wajah Aish berubah serius mendengar hal itu.

"Kenapa?" soalnya.

"Aku yakin H pelakunya. Sebab tu dia muncul semula. Dia nak hapuskan group kita sebab dia takut dia akan ditangkap," ujar Izzat berdasarkan apa yang mereka siasat selama ini.

"Tapi kalau dia target salah seorang daripada kita, macam mana?" soal Aish dengan raut wajah risau.

"Kau jangan risaukan kami. Kami akan jaga kau dan Far selagi kami masih hidup." Izzat menyakinkan.

"IJ! Aku dah kata kan, aku taknak ada sesiapa yang terkorban!" tegas Aish berkata kerana dia faham maksud Izzat.

"Tapi kau pun tahu kan, kadang kita perlu berkorban untuk selesaikan masalah," ujar Izzat berdasarkan pengalaman.

"Apa plan kau?" soal Aish pasrah.

"Aku akan cari tempat persembunyian H dan serang dia."

"Terlalu bahaya! Kita tak tahu dia siapa. Kalau salah sikit, nyawa kau boleh terancam," bantah Aish sambil menggelengkan kepala.

"Sejak aku dah masuk TS6, aku dah bersedia terima segala risiko. So, aku akan lega kalau aku mati waktu aku masih jadi ahli TS6." Izzat tersenyum hambar ketika berbicara.

"Izzat Fahry!" Aish agak bengang. Dia tidak suka bila kawannya itu ingin mengorbankan diri. Sama macam arwah Harith!

"Ray, kau nak tahu tak sebab apa aku setuju nak join korang?" Aish menggelengkan kepala bagi menjawab pertanyaan Izzat itu.

"Sebab arwah Harith. Aku nak tolong kau tuntut keadilan untuk kematian dia..."

"Ray, bila aku tengok mayat arwah Harith dulu... hati aku rasa hancur. Wajah arwah terlalu tenang walaupun dia pergi dalam keadaan yang menyakitkan." Izzat masih ingat ketika dia memeriksa mayat Harith pada 3 tahun yang lepas.

"Aku tengok takda kesan calar dia bergelut dengan someone. Which means, kalau dia bergelut dengan Ziyad sekalipun, dia takkan jatuh semudah tu." Izzat menjelaskan lebih lanjut situasinya.

"Aku yakin Harith bijak orangnya. Dia takkan berdiri terlalu hujung-hujung. Melainkan ada orang lain yang tolak dia. Tapi aku yakin bukan Ziyad."

"H ke yang tolak dia?" teka Aish berdasarkan apa yang didengar.

"Yes. Sebab tu kita kena cari siapa H. Aku tak rasa dia pilih huruf H sembarangan. Tak mungkin nama dia bermula huruf H sebab benda tu terlalu obvious." Izzat membuat spekulasi yang agak bijak.

"Habis tu kenapa dia pilih H?"

"Maybe sebab tu favourite letter dia? Atau sebab dia guna sempena nama Harith?" teka Izzat lalu mengangkat kedua belah bahunya.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now