Qisyariq | 51

6.1K 617 129
                                    

PENGUMUMAN penting mula dilaungkan di kawasan lapangan terbang itu. Ariq masih statik di tempatnya. Suara jeritan dan tangisan para keluarga mangsa membuat dadanya terasa sesak. Terlalu sakit.

"Penerbangan MH4 dari Malaysia ke London telah disahkan terhempas sebelum sempat tiba ke destinasi. Radar telah mengesan bahawa kapal terbang itu telah terhempas di hutan berhampiran pada pukul 5 petang tadi. Kemungkinan besar seramai 278 penumpang kapal terbang itu telah terkorban termasuk seorang juruterbang dan dua orang pembantu juruterbang serta 12 orang crew penerbangan itu. Mayat mangsa yang terlibat dalam nahas itu akan dibawa ke hospital Kuala Lumpur pada esok pagi. Diminta semua ahli keluarga tampil untuk mengenal pasti mangsa penumpang kapal terbang itu."

"Ayan..." Pedih Ariq rasakan ketika ini. Kenyataan kembarnya itu turut terkorban membuat dirinya hancur.

Bukan sahaja Aish tetapi Nayra, Naisya dan Rafeeq mungkin turut terkorban. Keluarga kecil itu pergi terlalu jauh bersama-sama.

Hati Ariq merintih hiba. Kenyataan mungkin mereka berempat akan pergi serentak itu sungguh menyakitkan untuk diterima. Takkanlah Ariq perlu hadap kehilangan paling banyak ini?

"Nasya... Rafik..." Mata dipejam untuk membayangkan wajah dua orang anak kecil yang tak bersalah itu.

Dari mereka kecil sampai sekarang, Ariq banyak meluangkan masa bersama mereka. Berat untuk Ariq menerima kenyataan ini. Mereka masih kecil. Terlalu sekejap mereka dipinjamkan untuk Ariq.

"Nasya sayang uncle!"

"Rafik pun sayang uncle!"

"Aku sayang kau, Ahan."

"Korang janji nak balik... Kau janji takkan tinggalkan aku lama-lama, Ayan..." Ariq merintih kesakitan seorang diri. Dia terlalu sedih ketika ini.

"Kau janji nak balik tapi kenapa kau tipu? Kenapa? Sampai hati kau buat aku macam ni!" Dadanya yang sakit itu dipukul. Terlalu susah untuk Ariq bernafas dengan tenang ketika ini.

"Kenapa kau tak ajak aku pergi sekali? Kau dah tak sabar nak jumpa Rith dan Yad ke?" Semakin deras air mata membasahi pipinya yang memerah.

"Kenapa kau perlu pergi sekarang? Memang korang semua dah pakat nak berkumpul dekat sana tanpa aku ke hah?" Rambutnya dikusutkan, fikirannya berantakan ketika ini.

Rasa sakit sangat bila satu-persatu orang yang disayanginya pergi. Mati itu memang pasti tapi kenapa perlu serentak? Ariq tak menyalahkan takdir tapi dia tak boleh terima semua ini. Rasa nak bernafas pun dia payah.

Kenangan mereka bersama suatu ketika dahulu terlintas di fikirannya. Ariq rindu semua itu dan mustahil untuk dia ulang kembali jika kembarnya itu sudah tiada di dunia ini.

Aish duduk di depan piano milik arwah Harith. Dia membuka piano itu lalu tangannya mula bergerak untuk menghasilkan melodi lagu Butterfly by Melly Goeslaw. Mata turut dipejam menikmati alunan lagu itu.

"Butterfly terbanglah tinggi... Setinggi anganku untuk meraihmu... Memeluk batinmu yang sama kacau karena merindu..." Suara merdu Aish mula memecahkan kesunyian studio itu. Ariq mendekati Aish dan duduk di sebelahnya untuk menyambung lirik lagu itu.

"Butterfly... Fly away so high... As high as hopes I pray to come and reach for you... Rescuing your soul... The precious messed up thoughts of me and you..." Aish menoleh apabila suara merdu Ariq pula yang mengiringi melodi lagu itu.

"Dah lama kita tak nyanyi sama-sama kan?" tanya Aish setelah dia menamatkan melodi lagu itu.

"Haah. Dulu kita selalu nyanyi berempat tapi sekarang hanya mampu berdua." Sayu Ariq menjawab sambil tersenyum pahit.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now