Qisyariq | 13

9.1K 814 229
                                    

Keluhan kecil keluar dari mulut Qisya apabila dia menerima pesanan dari seseorang. Tanpa membuang masa, dia segera keluar dari rumahnya dan menuju ke tempat persembunyiannya. Sempat juga dia mendail nombor Akhtar agar lelaki itu menemuinya di sana.

Tiba di sebuah rumah usang, dia masuk ke dalam dan menuju ke ruangan bawah tanah. Rumah itu hanya nampak usang di luar tapi mewah di dalam. Qisya masuk ke dalam dan memeriksa setiap barang-barang yang sudah berjaya dikumpulkannya setakat ini. Masih banyak barang yang dia belum mampu dapatkan.

Tapak kaki seseorang mulai kedengaran. Qisya menatap tangga itu dan kelihatan wajah Akhtar yang baru menuruni tangga tersebut. Akhtar pun masuk ke dalam dan mengambil tempat duduk.

"Kenapa kau nak jumpa kat sini?" Tanpa banyak songeh Akhtar bertanya tujuan Qisya. Bukan selalu dia berpeluang untuk pergi ke tempat unik ini.

"Aku nak pergi ke kilang tu semula." Qisya memberitahu dengan nada serius. Dia sudah mengatur rancangan seterusnya.

"What? Untuk apa? Bukannya kau dah dapat barang tu ke?" Berkerut dahi Akhtar agak hairan.

"Memang dapat tapi aku salah ambil. Aku dah buat confirmation yang barang tu bukan barang yang aku cari. Jenis dia lain." Qisya menjelaskan berdasarkan pesanan yang diterimanya dari seseorang tadi.

"Hm tapi kau yakin ke barang tu memang betul ada kat sana?"

"Haah. Sebab hanya kat tempat tu selamat untuk diorang sorok barang terlarang tu." Yakin Qisya berkata.

"Perlu ke kau ambil barang tu?" Akhtar meragui tindakan Qisya.

"Mestilah! Kalau tak, plan aku takkan berjalan lancar. Aku perlukan barang tu sebagai bukti!" Berkeras Qisya ingin mendapatkan barang terlarang itu walaupun bahaya.

"Tapi bahaya, Qis. Kau dah pernah pergi sana and hampir ditangkap. Kalau kali ni diorang berjaya tangkap kau, macam mana? Kau nak ke kena bunuh oleh diorang?" Akhtar turut bertegas demi kebaikan kawannya itu.

"Sebab tulah aku bagitahu kau. Aku nak minta bantuan kau. Back up aku kalau aku tak berjaya keluar dari tempat tu." Ujar Qisya dengan nada yang tenang. Dia tidak yakin bakal keluar dengan selamat jika dia pergi sendirian.

"Aku bukan tak nak tolong tapi benda ni bahaya! Aku takut kalau diorang ketatkan keselamatan or diorang sediakan perangkap. Aku tak nak kau dalam bahaya!" Akhtar mula berdiri dari duduknya sambil menatap tajam mata Qisya.

"Tapi aku perlu pergi sana juga, Tar! Please tolong aku. Kau cuma perlu tunggu and back up aku dari luar je." Qisya membuat muka meminta simpati agar Akhtar bersetuju.

"Haih.." Akhtar berfikir sejenak.

"Akhtar.. Please, kau je yang boleh tolong aku. Kau pun tahu kan kenapa aku perlu buat semua ni?" Pujuk Qisya tanpa henti.

"Hm yelah. Aku akan tolong kau tapi ada satu syarat." Akhtar berkata dengan wajah seriusnya.

"Apa dia?"

"Aku akan ikut kau masuk kilang tu juga."

"No way, Akhtar Shaheen!"

"Why not?"

"Sebab bahaya. Aku tak nak apa-apa jadi kat kau." Bantah Qisya agak risau akan keselamatan Akhtar.

"Habis tu, kau pula?"

"Kalau aku takpa."

"Kalau kau tak setuju aku ikut, aku tak benarkan kau pergi sana."

"Tapi.."

"Please, Qisya. Kali ni je, tolong dengar cakap aku!" Tegas Akhtar bersuara. Dia buat semua ini demi kebaikan Qisya.

"Ish yelah!"

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now