Chapter 48

198 18 0
                                    

Hari ini masuk hari ketiga Quin mencuba untuk menukar Koin ke bentuk manusia.

“Ish penat lah! ni last aku buat kalau tak dapat juga tak tahulah! ” Ujar Quin sambil matanya meneliti mantera di buku itu.

‘ haih sia-sia saja usaha kau Quin ’  Ujar Koin mengeluh dengan sikap keras kepala Quin itu.

Graßdißæ nagñï prêßqúïllév de KôïñæSerentak mantera itu dilafazkan oleh Quin angin bertukar kencang. Koin terangkat ke udara. Matanya bersinar.

pufff!!!

bom!!!

' Quin berhenti!! '

Quin tidak dapat membuka matanya disebabkan cahaya yang dikeluarkan oleh Koin terlalu terang. Quin menggunakan tapak tangannya untuk melindungi matanya.

Seketika cahaya tadi menghilang dan terlihatlah Koin yang dalam bentuk manusia itu.

“ kau bukan seperti di dalam gambar ini ”  Ujar Quin terkejut melihat rupa Koin. Tidaklah banyak perbezaan cumanya rambut dan mata mereka bertentangan warna sahaja.

Rambut Koin berwarna kelabu manakala orang yang didalam gambar itu berwarna hitam. Mata Koin berwarna kelabu kehitaman manakala orang yang di dalam gambar itu pula berwarna hitam kecoklatan. Kalau diteliti dari dekat begitulah perbezaan mereka. Kalau dari jauh tak nampak sangat berbeza kecuali rambut mereka.

“ Quin.. haih.. tu abang aku. Koir dia mati 2 tahun sebelum kau lahir lagi, sebabtu lah aku jadi liar. Ak-aku takboleh terima kematian abang aku..haih.. hanya disebabkan- arh lupakanlah benda lama tak usah diungkitUjar Koin sambil menutup matanya.. Quin dan Koin kini di berteduh di bawah pokok, masing-masing melayan perasaan.

“ Mesti abang kau hebat kan, yalah kau tu pun dah hebat apatah lagi abang kau. ” Ujar Quin.

Koin ketawa halus. “ Dia abang yang baik untuk aku ” Ujar Koin.

“ Aku minta maaf ” Ujar Quin sambil melentokkan kepala nya ke bahu Koin.

“ Tak apa kau tak tahu Ujar Koin sambil tersenyum kecil. Quin sudah anggap Koin sebagai ahli keluarga nya. Walaupun baru harini dia lihat wajah sebenar Koin dan umur sebenar Koin dia sudah anggap Koin sebagai abangnya. Yalah dia sudah tiada sesiapa di dunia ni, mestilah dia kena hargai sesiapa saja di sekeliling nya.

“ Jadi maknanya kau dah tua lah kan.. dah boleh dapat pangkat atok lah kan ” Ujar Quin mengusik Koin sambil tersenyum comel.

tuk!

“ manada tua aku baru 120 tahun yang tua tu abang aku ” Ujar Koin tidak puas hati. Quin memandang Koin tidak puas hati sambil mengusap kepalanya yang diketuk Koin tadi.

“ sampai hati kau ketuk kepala aku.. sakit tahu! ” Ujar Quin. Koin hanya tersenyum mengejek.

Masing-masing diam dan bersandar di pokok itu. Quin melentokkan kepala nya ke bahu Koin tidak lama selepas itu dengkuran halus Quin kedengaran. patutlah diam dah tidur rupanya ’ Ujar Koin.

Koin memejam matanya. Kadangkala dia berasa kasihan dengan Quin. Sungguh malang nasib gadis itu tapi dia tahu Quin kuat untuk tempuh semuanya. ‘ aku janji aku jaga kau selagi aku mampu Quin. Ezra aku harap kau okey dekat sanaujar Koin dalam hati. Dia sudah anggap Quin seperti adiknya sendiri.

Koin juga turut terlelap di situ.

_____________________________________

Nova termenung di taman bunga istana nya. Dia masih lagi teringat pasal kejadian tempoh hari. Dia sangat pasti Quin tidak mati lagi, kalau dia mati mustahil permata ini masih bercahaya.

Nova menggenggam batu permata yang ada di tapak tangannya. Dia akan cari Quin dan dia yakin yang dia pasti akan berjumpa dengan Quin.

Nova menutup matanya untuk menenangkan diri. Tiba-tiba terasa seperti ada yang mencucuk bahunya. Dia membuka mata terlihat Aileen.

“ Abang ada surat dari kerajaan Sephioréa Ujar Aileen sambil menghulur surat itu ke abangnya.

Nova mengambil surat itu dari huluran Aileen.

Selamat Sejahtera ; Berikut merupakan Undangan Diraja Kerajaan Sephioréa untuk Kerajaan Methalinés. Undangan ini bertujuan untuk mengundang Ahli diraja Kerajaan Methalinés untuk menghadiri sesi restu puteri kedua dan putera. Kehadiran keluarga Diraja amatlah di tunggu-tunggu.

(kira-kira begitu lah ayat nya hehe maaflah author takpandai buat rasmi macam actual diraja punya so kita buat simple-simple gitew~/ okay back to story)

Nova membaca isi kandungan surat itu. Tiba-tiba Nova mendapat idea, mungkin dia boleh berjumpa dengan Quin di sana manalah tau kalau dia dijemput sama kan.

______________________________________

Quin dan Koin terbangun dari lena mereka. Koin yang melihat  pengawal diraja Sephioréa itu hairan.

“ Selamat Sejahtera Puteri, kami dari istana datang ke sini untuk menyerahkan surat undangan buat puteri untuk keajlis sesi restu puteri kedua dan putera. ” Ucap pengawal yang kelihatan megah itu dengan sopan sambil menghulur surat undangan itu.

“ Kalau aku tak pergi macam mana? ” Ujar Quin sambil memandang tepat ke dalam mata pengawal itu.

“ Itu saya kurang pasti. Namun, raja benar-benar mengharapkan kehadiran keluarga di raja ” Ujar pengawal itu sopan.

macamlah diorang kesah pasal aku huh! ’ Ujar Quin dalam hati.

Baiklah terima kasih ” Itu saja yang dituturkan oleh Quin sebelum masuk ke dalam istana nya. Koin yang sedari tadi di situ tidak langsung dipandang mungkin kerana Quin yang menjadi pusat perhatian dari tadi. Setelah pengawal itu pergi Koin ikut masuk ke dalam istana.

______________________

maaf sebab lama dah tak update.. chapter ni pun ambil masa nak buat memandang kan lama tak fikir pasal story ni jadi saya lupa sikit dia punya jalan cerita.. maaflah kalau part ni hambar... ingat nak cari gambar Koin tapi line tidak memberi kerjasama so saya tak cari dah.. hope kamu semua masih baca story sayaaaa.. thanks sebab support。⁠♡

QUEENWhere stories live. Discover now