Chapter 31

658 63 0
                                    

Mereka masuk ke dalam sebuah kedai yang menarik minat mereka.Baju yang dipamerkan di kaca hadapan kedai itu sangat mempesona dan menarik hati.

Mereka semua mula memilih kain dan jenis gaun mereka.

"Pilih mana yang kamu berkenan.Pasal duit jangan risau." Quin berkata sambil memilih kain untuk gaun nya..

Mereka mengangguk saja sambil memilih jenis kain dan gaun mereka.

Susah betul mereka hendak membuat pilihan, banyak pilihan yang menarik dan cantik di situ.

Setelah hampir sejam mereka memilih kain kini mereka hanya tinggal memilih reka bentuk fesyen yang mereka inginkan untuk gaun mereka...

Di kedai baju kota itu terdapat beberapa kedai yang membolehkan pelanggan untuk memilih jenis kain dan reka bentuk fesyen bagi gaun mereka, sesuai dengan cita rasa pelanggan sendiri..




"Huh penatnya 2 jam kita dekat sana semata-mata nak pilih baju untuk majlis tu..." Ujar Ashley sambil menyandarkan kepalanya di bahu Emily.

Mereka semua berehat di ruang tamu istana itu.Quin yang melihat kawan-kawannya kepenatan itu hanya menggelengkan kepalanya. ‘ceh drama betul, bukannya kitorang buat apa pun.Pilih kain dan tunggu kain tu siap jadi baju idaman saja.. walaupun memakan masa sehingga satu jam’ gumam Quin dalam hati...





Quin yang sedang membancuh teh kegemarannya itu terganggu apabila satu bayang-bayang hitam tepat melintas dihadapannya beberapa saat tadi.

Quin pun terus membuat langkah berjaga-jaga, memang sekarang dia berada di dalam dapur istana tapi dia tidak rasa bayang-bayang itu hanya mahu menakuti nya.

Tiba-tiba satu sentuhan dibahu Quin membuatkan Quin bertindak menumbuk benda itu.Kedengaran satu suara yang cukup Quin kenal.

"Argh" Ezra mengerang kesakitan apabila Quin bertindak menumbuknya tepat di mukanya.

Quin yang sedar perkara itu terkejut, Quin menyenget kan kepala nya melihat Ezra.

"Apa kau buat dekat sini? Aku ingatkan bayang-bayang hitam jahat tadi itu aku tumbuk" Quin dengan selambanya berkata begitu sambil meniup tangannya...perh boleh tahan keras juga muka si Ezra ni..

"Aku datang dekat sini mahu beri kau ini. Majlis ini berlangsung di istana Mysie" Ujar Ezra sambil menghukurkan satu surat jemputan kepada Quin.

"Hmm..diorang dah bagi pagi tadi" Ujar Quin sambil membancuh teh nya yang hampir siap itu.

"Aku tau. Aku hanya mahu kau dan kawan-kawan kau berjaga- jaga.Kemungkinan pada hari itu serangan Triant akan berlaku" Ujar Ezra serius.

"Oo..itu kau jangan risau aku pandai jaga diri.." Ujar Quin sambil meminum teh nya. Manis!.

Ezra menatap Quin yang sedang menikmati teh nya itu. Sejujurnya dia risau akan keselamatan Quin. Mana mungkin dia mahu kehilangan satu lagi benda berharga dalam hidupnya tambahan pula dia baru berjumpa dengan permata hidupnya itu.

"Kalau begitu tidak apa lah. Aku pergi dulu. Kita berjumpa di istana Mysie nanti" Ujar Ezra sebelum mengaktifkan magis telepotasinya dan hilang begitu saja.

QUEENWhere stories live. Discover now