Chapter 47

349 31 2
                                    

Setelah hampir seminggu dia di istana itu dia mula bosan dengan kehidupan istana. Quin mula memikirkan cara untuk keluar dari istana itu. Selama ini dia dipaksa untuk tinggal diistana ini oleh Nova. Lelaki itu mempunyai aura yang sangat kuat sampai dia sendiri pun tidak dapat lawan.

Hari ini adalah hari yang sesuai untuk dia keluar dari istana itu. Mereka akan keluar berburu maknanya dia boleh hilangkan diri dengan bantuan abangnya..

Ttapi.. abangnya sudah tiada.. Argh macam mana dia boleh lupa. Argh lantaklah dia akan hilangkan diri dengan menggunakan jalan hutan walaupun tanpa bantuan sesiapa.

Setelah siap semua persiapan maka bermula lah perjalanan mereka untuk ke hutan. Masing-masing menggunakan kuda.

Tiba tiba Quin teringat akan Koin apalah yang sudah terjadi pada kuda kesayangannya itu.

Setelah sampai ke lokasi pemburuan itu mereka bergerak dalam kumpulan untuk berburu. Quin memilih barisan paling belakang agar dia lebih senang untuk melarikan diri.

Baru saja dia mahu melangkah pergi satu serangan gempulan api menyerangnya membuatkan Quin jatuh dari kuda dan terseret ke belakang.

Serangan itu menarik perhatian Nova dan yang lain. Tentera di raja yang mengikuti mereka terus mengangkat senjata untuk melindungi kerabat di raja.

'Cis! Kurang ajar punya api! Dari mana datang nih?!' marah Quin dalam hatinya. Quin kemudian perlahan berdiri dan mengeluarkan pedangnya. Serangan api itu muncul lagi, Quin menepisnya dengan senang. Api selebihnya muncul dengan lebih banyak dan Quin telah memikirkan idea baru dengan serangan api ini dia mungkin dapat menghilangkan diri tanpa ada sesiapa yang perasan.

Sedang sibuk mereka mencari dari mana api tersebut datang, api yang lebih besar meluru ke arah mereka atau lebih tepatnya ke arah Quin. Quin menoleh ke arah api itu belum sempat dia bereaksi api itu telah menyelebungi nya jelas terasa bahang api yang sungguh panas itu.

"Quinn!!" Nova tersentak melihat api yang menyerak Quin itu. Dia bergegas turun dari kudanya dan meluru ke arah Quin namun api yang besar itu menghalang laluannya. Tentera yang mempunyai kuasa air memadam api itu. Setelah api terpadam mereka meluru ke arah tempat Quin. Namun, Quin sudah tiada di situ yang ada hanyalah abu.

____________________________________

Fuhh selamat Quin telah mentelepotasi kan dirinya ke lokasi kuda kesayangannya Koin.

Koin yang menunggu di situ teruja melihat tuannya setelah sekian lama. Quin pun sama terujanya.

“ fuh selamat aku.. nasib ada kegunaan menyeru kau dekat gelang ni Koin.. Eee rindunya aku dengan kauu!” Ujar Quin sambil memeluk Koin.

Setelah itu mereka pun mula meneruskan langkah mereka ke istnaa lama Koin. Beberapa jam perjalanan mereka akhirnya sampai jua.

Quin turun dari kudanya dan terus membuka pintu. Tapi kali ini hanya sepi, biasanya akan ada yang menyambutnya tapi kali ini semua pelayan seakan akan hilang semua.

Kalau adapun itupun sudah nazak. Quin pelik dengan kejadian ini tidak pernah terjadi masalah ini kepadanya sebelum ini. Dia tidak boleh biarkan perkara ini berlaku begitu saja.

Dia masuk ke dalam bilik ibu bapanya hanya untuk mengimbau masa lalu yang bahagia. Namun dia tidak berhati-hati sehingga membuatkan salah satu buku dari rak buku terjatuh.

Bukk

“ eh? Buku apa ni? ” Quin mengambil buku itu lalu dibukanya untuk dibaca.(inilah yang terjadi apabila perasaan ingin tahu menguasai diri)

Quin membaca buku itu dak muka surat ke muka surat selebihnya.

“ ehhh ni niii?! ” Bulat mata Quin membaca kandungan buku itu.

" Graßdißæ nagñï prêßqúïllév de Kôïñæ "

Mantera yang tertulis serta gambar yang dilekat di atas mantera membuatkan Quin terpaku.

“ I-itu kan.. KOIN VERSI MANUSIA?! ” Quin tidak dapat menahan keterujaannya. Dia berlari membawa buku itu menuju ke tempat Koin.

Koinn!! ” Quin terus memanggil nama Koin dengan teruja.

“nn-ni ..ni kau? ” Ujar Quin sambil membandingkan rupa Koin dengan orang di dalam gambar itu.

Tiba-tiba terdengar satu suara di dalam kepala Quin.

‘ kenangan masa lalu haih.. ’

Koin kau ke tu? ” Ujar Quin sambil memandang Koin. Koin menganggukkan kepala nya.

cepatlahh bertukar jadi orang ni.. cepat” Ijar Quin tidak sabar.

‘ maaf Quin aku tak dapat berubah.. hanya mantera saja dapat buat aku berubah.. dan orang yang dapat membaca mantera itu sudah tiada ’ Ujar Koin dengan nada sedih.

“ siapa yang dapat buka dan baca mantera tu? ” Ujar Quin

‘ ayah kau..dan..ibu kau..’ Ujar Koin

Quin terdiam. Dia memikirkan cara untuk membuatkan mantera itu dapat dibaca.

“ aku boleh cuba! ” Ujar Quin semangat.

______________________________________

Haiii lamanya author tak update kannn.. fuhh harini saya update.. tapi taktahu lagi bila baru boleh update.. btw thanks pada sapa yang masih menunggu dan membaca story..sorry sangat' sebab selalu lambat update..

Next chap

Puff!!

Bom!!

‘ Quin berhenti! ’

____________

“ kau-kau bukan- ”

_______

“ dia abang yang baik untuk aku ” Koin

“ aku minta maaf ” Quin


QUEENWo Geschichten leben. Entdecke jetzt