Chapter 39

516 57 4
                                    

“ Aduh..Emily aku rasa Quin...Quin dah mati ” Ujar Ashley takut takut.

“ Kau ni tak elok cakap macam tu, lagipun kita takde bukti nak kata dia hidup atau mati ” Ujar Emily tegas.

“ haih yelah aku minta maaf ” Ujar Ashley dan terus keluar dari dapur meninggalkan Emily yang sedang memasak itu.

Emily melihat saja kepergian Ashley.

‘ haih... Dah hampir sebulan kau hilangkan diri Quin. Kami.kami tak pasti kalau kami boleh tunggu kau lagi’  Gumam Emily di dalam hatinya. Air matanya menitis perlahan. Sungguh mereka terpaksa buat perkara itu.

•••••••••••••••••

“ huh huh. Ezra sudahlah haih aku penat ” keluh Quin sambil berlari mengelak serangan yang dihasilkan Ezra.

Ezra hanya menayang muka beku dan mengarahkan kumpulan nya untuk terus menyerang Quin. Terkejut mereka apabila menerima arahan Ezra tapi mereka tetap melakukannya kerana mereka sudah berjanji.

Woi!... Korang memang nak bunuh aku ke setan! ” Jerit Quin kuat apabila satu serangan mematikan hampir terkena dia.

AAHAHAHA, takkan serangan macam tu pun kau tak boleh elak Quin! ” Balas Kriz mencabar Quin.

Quin tersenyum sinis sebelum melompat tinggi ke salah satu pokok di situ. Muka mereka semua sudah cuak. Mereka tahu apabila Quin sudah bersembunyi di balik pokok mereka perlu meningkatkan magis dan berjaga jaga.

“ boo! ” Ezra langsung tidak terkejut dengan sergahan yang dilakukan oleh Quin. Dia kemudian berpusing dan menarik tangan Quin tapi sayang Ezra langsung tidak dapat menagkap Quin yang ada di tangannya hanyalah sebatang dahan pokok.

“ hihi ” suara yang sayup sayup kedengaran di belakang Krill membuatkan lelaki itu merapat ke arah kumpulannya.

“ Boo! ” sergahan Quin kali ini cukup untuk membuat kumpulan itu berpecah kembali.

Quin tidak mengsia sia kan peluang itu. Dia terus menarik salah seorang dari mereka ke dalam semak samun.

“ Dah dapat satu ” Ujar Quin keriangan selepas membuat lelaki itu pengsan. ‘ ada lagi sembilan haih ’ keluh Quin.

Quin memegang satu bunga yang digunakannya untuk menidurkan lelaki itu, dia mendapat satu idea.

‘ hihi ’

Quin mula menggunakan idea nya tadi untuk mengalahkan kumpulan itu. Satu persatu dari mereka Quin seret ke dalam hutan.

Huaaaa Ezra! Ezra! Tolong aku woii!!” Jerit Krill kuat.

Ezra terus meluru ke arah Kril dengan sekuat tenaga dia cuba melepaskan Krill dari genggaman Quin.

Ergh ku-kuat sangat ’ bisik Ezra

Setelah meningkatkan kuasanya akhirnya Krill terlepas dari Quin, tetapi ahli kumpulan nya yang lain pula menghilang. Sekarang mereka tinggal berdua. Perh Quin memang serius kali ini.

Krill dan Ezra melindungi satu sama lain. Mereka mula melilau melihat sekeliling mereka.

SREK

QUEENWhere stories live. Discover now