chapter 1

2.4K 134 9
                                    

CRYSTAL QEY QUIN merupakan puteri tunggal kepada keluarga QUIN yang merupakan keluarga bangsawan yang terkenal dengan kekayaan dan kekuasaan mereka...Namun terjadi sebuah tragedi yang menyebabkan ANESTESIA QEY QUIN dan FELIX RYAN QUIN ibu bapa Crystal terbunuh ketika usia Crystal baru masuk 10 tahun...kejadian itu mengubah sepenuhnya hidup Crystal...Kehidupannya yang dulu sentiasa dipenuhi dengan kebahagian kini telah bertukar menjadi duka..

Tragedi yang tidak disangka itu telah membunuh dua orang yang amat dia sayangi...Kini dia terpaksa hidup bersendirian dalam persembunyian...Kehidupannya penuh dengan bahaya yang ada disekitarnya...Hidup didalam kegelapan itu sahaja pilihan yang ada...Kehidupannya penuh misteri...

Orang disekitarnya mula takut dengannya kerana kekuatan yang dimiliki nya bahkan mereka juga bencikan Crystal...Bukan sahaja itu mereka mula beranggapan bahawa Crystal lah yang telah membunuh Anestesia dan Felix...

Awalnya cerita karut itu hanyalah segelintir sahaja yang tahu sehinggalah muncul seorang putri dari keluarga DREAN...AESTERIA LE DREAN adalah seorang yang sangat benci akan Crystal kerana nama keluarga yang ada pada Crystal menunjukkan yang pangkat Crystal yang jauh lebih tinggi berbanding dia...Crystal berdarah asli diraja manakala Aesteria pula hanya berdarah bangsawan...

Awalnya Aesteria hanya mendengar cerita ketika dia dalam perjalanan ke rumah Crystal, kemudian dia menokok tambah dalam cerita itu sehingga ianya tersebar meluas ke seluruh kerajaan sehinggakan Raja dan Permaisuri turun kerumah Crystal untuk mengesahkan status cerita itu...

Pada mulanya Raja dan Permaisuri itu tidak mahu mendengar cerita itu tapi mereka terhasut dengan kata-kata rakyat setempat berserta dengan bangsawan-bangsawan termasuklah keluarga DREAN...

Raja dan Permaisuri itu lebih yakin dengan cerita itu apabila mereka melihat sendiri tempat kejadian itu..mereka memeriksa dan apa yang mereka lihat adalah hanyalah cebisan magis dan aura milik Crystal...Raja dan Permaisuri sangat kecewa dan marah...Namun walaupun mereka kecewa dan marah akan Crystal mereka tetap membiarkan Crystal tinggal di Istana..

Adakah itu satu pilihan yang membahagiakan? Semestinya tidak, kehidupannya setiap hari penuh kedukaan..kalau dulunya kehadiran Crystal disambut dengan kebahgiaan dan senyuman di istana namun kini semuanya telah berubah kehadiran Crystal kini disambut dengan cacian serta tiada lagi senyuman yang dulunya sentiasa menyambut Crystal...

Kalau dulunya Crystal dipandang tinggi dan dihormat namun kini Crystal dipandang seolah-olah dia seorang sampah dimata mereka..

Kalau dulunya kata-kata yang positif selalu didengari Crystal..Namun sekarang cacian dan makian lah yang selalu dihadiahkan kepada Crystal...

Kalau dulunya tubuh itu dibelai dengan kasih sayang namun sekarang telah berubah tubuh itu penuh dengan parut luka disebat cemeti..



KALAU DULUNYA BAHAGIA KINI
                              DUKA✨✨


MAMPUKAH CRYSTAL KECAPI BAHAGIANYA? MAMPUKAH CRYSTAL MEMBUKTIKAN BAHAWA DIRINYA TIDAK BERSALAH? DAN MAMPUKAH CRYSTAL MENCARI SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEMATIAN IBU BAPANYA? APA YANG CRYSTAL AKAN BUAT SEKIRANYA PEMBUNUH ITU TELAH DITEMUI?

NANTIKAN!!!

______________________________________
  Sorry guys this is my first time...harap korang enjoy cerita ni...tolong support vote eh [^~^]..

QUEENWhere stories live. Discover now