Chapter 33

595 64 4
                                    

Nova dan keluarganya berkumpul dan duduk di ruang tamu istana itu..

"Nova siapa gadis yang kamu bawa tadi?" Tanya Permaisuri Adeline Delia Dien

Mereka semua terus menumpukan perhatian mereka ke arah Nova.

" Dia Crystal Qey Quin...puteri kerajaan Sephioréa" Jawab Nova tenang

"haaa?! Abang dah gila? Bawa puteri itu ke sini? Kalau dia bunuh kita macam mana?" Ujar puteri Aerlin Di Dien dengan nada yang terkejut. Semua orang yang berada terkejut dengan perkataan yang dilontarkan Aerlin.

kak...tak eloklah bersangka buruk...” Ujar puteri Aileen Di Dien kembar kepada Aerlin.

“Abang bawa dia bukan saja-saja...Apa yang kamu dengar dari kekuarga diraja kerajaan Sephioréa tu semuanya tidak benar. ” Ujar Nova tegas sambil memandang keluarganya.

Mereka semua terdiam mendengar kata-kata Nova.

“kamu ada bukti untuk apa yang kamu katakan tadi Nova? ” Ujar Raja Aqua Leon Dein dengan serius.

“Ayahanda mempunyai kuasa seorang raja yang amat dikagumi seluruh Mysie, mana mungkin melihat masa silam seseorang itu susah.” Ujar Nova memandang serius ayahandanya.

“Bonda pula, bonda juga mempunyai kuasa melihat luka seseorang.Kuasa bonda juga amat dikagumi tidak mungkin bonda tidak dapat mengesan luka pada Quin” Ujar Nova memandang serius wajah bondanya...

Bonda dan ayahandanya memandang satu sama lain, dan kemudian memandang Nova...

baiklah bonda dan ayahanda akan menggunakan kuasa kami untuk melihat kebenarannya Ujar Raja Aqua

Nova tersenyum gembira, manakala adik-adiknya hanya melihat.

Mereka semua berjalan ke arah bilik yang menempatkan Quin.

Setibanya mereka ke dalam bilik itu.Mereka semua kelihatan terkejut melihat salah seorang perawat itu mahu meracuni Quin dengan menggunakan magis racun yang dipercayai didapati dari salah satu bunga terlarang di Mysie.

“Apa yang kamu fikir kamu lakukan!” Marah Nova sambil menghentikan perawat itu.Perawat itu kelihatan terkejut sehingga menjatuhkan racun tadi.Terketar ketar dirinya apabila mengetahui dirinya sudah tertangkap apabila cuba membunuh Quin.

“Ma-maafkan patik yang mu-mulia.Patik dipaksa untuk berbuat demikian.Patik terpaksa kalau tidak keluarga patik akan dibunuh Ujar perawat itu sambil menangis dan melutut.

Nova melihat perawat wanita itu dengan tajam.Sedaya upaya dia cuba menahan kemarahan nya yang menggunung itu.Nova berjalan mendekati Quin dan memeriksa sekiranya racun itu sempat masuk didalam badan Quin.

Perawat itu dibawa oleh pengawal dan disimpan di dalam penjara bawah tanah.

Nova kemudian memandang ayahanda dan bondanya memberikan isyarat untuk menggunakan kuasa mereka terhadap Quin.

Mereka menggunakan kuasa mereka ke arah Quin dengan serentak.

Berkerut dahi Raja Aqua apabila kuasanya tidak dapat digunakan ke atas Quin seperti ada sesuatu yang menghalabgnya.Nova yang melihat ayahandanya seperti kesusahan itu memandang pelik bersama risau.

Permaisuri Adeline pula kelihatan tidak sanggup lagi menggunakan kuasanya ke atas Quin.Permaisuri Adeline terus menghentikan kuasanya dan menarik nafas yang panjang.

Permaisuri Adeline pelik dengan dirinya, dia hanya boleh melihat satu parut yang panjang dan dalam selebihnya hanyalah kosong seperti ada sesuatu yang mahu menyembunyikan parut dan luka-luka itu.

“Kenapa ayahanda? Bonda?”  Tanya Nova risau.Kedua adiknya juga turut menghampiri bonda dan ayahandanya.

“Kami tidak boleh menggunakan kuasa kami ke atas Quin, seperti ada satu dinding yang cuba menghalang kami dari melihat masa lalu dan luka-luka Quin” Ujar ayahandanya bondanya pula mengangguk setuju dengan perkataan suaminya.

Nova terdiam begitu juga kedua saudara perempuan nya.

‘haih sampai bila kau mahu sorokkan sakit kau Quin’ Gumam Nova sambil memandang Quin yang masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri itu.







Haiii koranggg...lama saya tak update story sayaaa... terkejut saya tengok berapa yang dah view story ni...thankiu pada yang masih setia dengan story niii...thankiu juga jepada yang add story dekat rl korang dan thankiu pada yang setia mengvote story ni...sorry sangat" sebab lambat update..okelah stay safe byeee(◍•ᴗ•◍)❤

QUEENWhere stories live. Discover now