Chapter 44

525 51 7
                                    

DDUP.

Nova yang sedang sibuk memikirkan tentang perancangan nya apabila dia ditabalkan menjadi raja nanti itu tersentak apabila gelang emas yang dipakainya bersinar.

Nova terus berasa tidak sedap hati. Dia tahu pasti ada sesuatu yang berlaku pada Quin, kerana gelang itu sudahpun disambungkan dengan salah satu permata magis Quin.

Nova terus menelepotasikan dirinya ke tempat Quin.

Nova yang sudah sampai itu terkejut melihat pemandangan sekitarnya. Apatah lagi apabila dia melihat Quin yang terduduk menunduk di rekahan masa itu. Nova terus menarik Quin ke dalam pelukan nya sebelum melompat keluar dari situ.

Keluar saja mereka dari tempat itu Quin perlahan lahan terduduk di sampingnya. Air mata Quin yang menitik jatuh itu membuatkan hati Nova tersentak. Dia menatap tajam orang orang dihadapannya. Dia pasti itu adalah orang yang menyebabkan Quin begini.

Tidak lama kemudian Quin mengangkat kepalanya dan menatap mereka dengan matanya yang bersinar emas.

“ Ini semua sebab kau! Aku akan bunuh kau! ” Jerit Quin dengan suara yang lantang dan menyeramkan. Matanya yang bersinar emas itu mula nengawal cuaca disitu.

Badan Quin diselubungi aura keemasan. Pedangnya ditarik keluar dan diisi dengan aura nya yang jelas kelihatan kuatnya.

Quin melibaskan pedangnya dan itu menyebabkan separuh dari istana lama di belakang mereka hancur.

Lelaki yang menggunakan penyamaran sebagai Ezra itu jelas terkejut dengan kuasa Quin, apatahlagi apabila tiada sesiapa yang memberi tahu dia bahawa Quin adalah seorang puteri dari keluarga Felix dan Anestesia dia baru tahu apabila melihat masa silam spirit miliknya.

Quin yang marah itu terus menerus melibaskan pedangnya yang menyebabkan hampir seluruh tempat itu hancur. Nova hanya mampu mengelak dan mengelak kalau tidak mahu terkena pedang milik Quin.

Mata Quin akhirnya fokus kepada orang yang mengkhianati dia. Dia menghayun pedangnya ke arah mereka. Mereka sempat mengelak dengan bantuan Nova. Nova mendengus marah kerana dia sendiri tidak mahu menyelamatkan mereka tapi disebabkan dia sendiri mahu menghukum mereka jadi dia selamat kan.

Cahaya dimata Quin perlahan lahan berubah menjadi gelap.

‘ ah aku harus hentikan ’ gumam Nova dalam hatinya. Dia terus meluru ke arah Quin untuk menghentikan Quin. Quin dan Nova berlawan pedang. Nova mengalami kesukaran ketika melawan Quin kerana dia hanya menggunakan pedang biasa.

‘ aduh hebat pula kemahiran bermain pedang Quin’  Nova terus menerus di berikan serangan mengejut tanpa henti. Berkerut kerut dahi Quin apabila serangannya dengan mudah ditangkis oleh Nova. Dia menguatkan lagi serangannya.

“berhenti” satu suara yang lembut berbisik kepada Quin. Quin berhenti seketika sebelum dia menyerang kembali.

Nova yang sudah tidak tahan dengan serangan itu menggunakan magisnya yang kuat untuk dijadikan pelindung sementara dia mendekati Quin.

Kelihatan Quin seperti melawan sesuatu dalam dirinya. Nova menggunakan kesempatan itu untuk memeluk Quin dari belakang.

Quin tersentak dengan perkara itu dia terus memusingkan badannya dan menghadiahkan Nova tendangan yang kuat namun di elak oleh Nova.

Nova tidak berputus asa dan terus mendekati Quin. Dia terus memeluk Quin erat. Quin meronta ronta mahu melepaskan diri dari pelukan Nova. Nova mengeratkan lagi pelukannya dan mula mengambil tindakan berani dengan mengusap rambut Quin.

“ berhenti Quin ” suara lembut di dalam kepala Quin mula terdengar lagi membuatkan Quin lemah. Quin berhenti meronta dan perlahan jatuh dalam pelukan Nova. Nova menghela nafas lega. Dia menggunakan alat telekomunikasi magisnya untuk memanggil pengawalnya.

Beberapa orang pengawal istana berada disitu. Nova mengarahkan mereka untuk menangkap Emily, Ashley, Zef dan Zif serta lelaki misteri itu untuk dibawa ke penjara.

Dia mencempung badan Quin dan menelepotasikan dirinya ke istananya. Sampai saja mereka di istana kelihatan Raja Aqua dan Permaisuri Adeline menunggu ketibaan mereka.

______________________________________
For the next chap
______________________________________

“ aku nasihatkan kau jauhkan diri kau dari dia.. dia tu bahaya ”






“ Aku nampak semuanya Quin sebabtu aku pilih untuk korbankan diri aku ”



“ jangan risau aku pasti dia masih hidup ”

______________________________________

Alah kenapa lah nasib Quin ni malang terus kan..takpa nanti kita buat dia ‘happy’ kejap pula okayy.. byee

QUEENWhere stories live. Discover now