Chapter 40

503 50 2
                                    

" Quin! Kau nak kitorang mati ke hah! Tinggalkan kami tergantung atas pokok tu! ” Tengking Kriz kuat.

“ Diam lah! ” Balas Quin. Ambik kau terdiam terus, dahlah dia tengah bengang dengan keluarga si Nova tu.

Mereka semua tercengang melihat Quin yang tiba tiba naik angin itu. Quin terus melajukan langkahnya menuju ke biliknya.

BAM

Pintu biliknya dihempas kuat sekali gus melempiaskan rasa geramnya tadi.

______________________________________

Eish Aileen geramlah dengan tindakan perempuan itu bonda! ” Ujarnya sambil menghempaskan punggungnya dikerusi yang empuk itu.

Betul! Aerlin pun geram! ” Ujar kakak kembarnya menyokong adiknya.

Kenapa pula? ” Ujar Permaisuri Adeline dengan riak wajah yang hairan.

“ bonda tidak nampak kah apa yang dia buat dengan orang orang puak Dusân tu! Selamba saja dia menggantungkan mereka di atas pokok itu ” Ujar Aileen panjang.

Betul! Pokok tu tinggi bonda, kalau diorang jatuh macam mana? Boleh mati ” Sambung Aerlin.

“yang kamu nak kisah pasal benda tu dah kenapa? Mesti ada sebab kenapa dia buat semua itu ” Ujar Raja Aqua dengan selamba membuat kan puteri puteri nya panas hati.

Ayahanda! Sepatutnya ayahanda marah perempuan itu dan arahkan dia untuk turunkan mereka! ” Ujar Aerlin geram dengan perkataan ayahandanya.

Sudah Aileen agak perempuan tu masih lagi mahu meneruskan misinya untuk membunuh orang orang disekeliling nya! Silap silap kita juga akan dibunuhnya” Ujar Aileen dengan pikiran negatifnya. Kembarnya Aerlin menganggukkan kepalanya tapi setelah dia melihat muka ayahandanya terus dia menggelengkan kepalanya.

“ Aileen! Ayahanda tidak suka kamu bersangka buruk ke atas Quin! Lagipun kita tidak tahu mengapa dia buat semua tu. Boleh jadi mereka hanya berlatih sahaja, dan nama dia Quin faham” Ujar Raja Aqua tegas. Dia tidak suka anak anaknya berfikir buruk tentang Quin.

Raja Aqua dan permaisuri Adeline naik ke bilik mereka untuk berehat.

“ Yang kamu berdua nak kisah sangat dah kenapa? ” Ujar Nova dengan senyuman misterinya.

“ k..kitorang risau lah kalau diorang mati macam mana?” Ujar Aileen seperti menyembunyikan sesuatu.

Lah kau berdua risaukan kekasih kau berdua kan siapa nama nya tu hmm?” Ujar Nova serius

“ma..manada lah..ki..kitorang naik dulu ” Ujar Kembar itu serentak.

Nova hanya ketawa disitu. Haih beruntung betul lelaki tu dapat hati adik dia, tapi semestinya tidak senang berhadapan dengan dia.

_____________________________________

“ korang dapat dari mana budak ni? ” Tanya Quin setelah melihat seorang budak perempuan yang baru membuka matanya setelah seminggu dirawat.

“ Ezra jumpa dekat laman belakang tu ” Ujar Krill sambil menunjuk ke arah Ezra. Quin memandang Ezra dengan mata meminta penjelasan.

Ezra pun menceritakan semula kejadian itu dari mula sehinggalah habis.

“ Hei budak, kau dari mana hah? ” Tanya Quin. Budak perempuan itu kelihatan sedikit terkedu dan takut. Krill menyiku lengan Quin kuat.

“ kau ni, takut lah budak tu haih ” Quin hanya menjeling Krill sebelum menghembus nafas pasrahnya.

“ yelah yelah mengada betul. Aku Quin nama kau apa? ” Kali ini Quin melembutkan lagi suaranya untuk membuat budak itu rasa lebih selamat.

“ Al..Allys Ujar budak itu gementar.

“ Oh Allys. Macam mana kau boleh sampai sini Allys? ” Tanya Quin lagi, manakala yang lain hanya mendengar.

“ ib..ibuuu!! Ki-kita kena sel-selamatkan ibuuu!! ” Allys tiba tiba saja meraung meminta untuk menyelamatkan ibunya. Quin terkejut apabila badannya digoncang kuat oleh Allys secara tiba tiba.

“ woi! ” Quin mencengkam bahu Allys dengan kuat untuk memberhentikan Allys dari menggoncang badannya.

Allys terkejut dengan suara Quin yang menengkingnya tapi perlahan lahan dia jatuh dalam pelukan Quin sambil menangis.

Quin hanya mengusap kepala Allys lembut, Quin terkejut dengan tindakannya sendiri dia dapat rasakan seperti seseorang sedang mengawal tangannya untuk mengusap dan menenangkan Allys dan dia pasti itu adalah Crystal.

Allys yang sudah mula tenang itu tertidur didalam pelukan Quin. Penat menangis mungkin. Mereka disitu terkedu melihat kelembutan Quin melayan Allys hanya Ezra saja yang tersenyum nipis, dia dapat rasakan aura Crystal di sekeliling Quin walaupun hanya samar samar.

Quin memandang Ezra keliru. Quin memandang Ezra dengan pandangan ‘ nak buat apa dengan budak ni? ’. Ezra hanya menyuruh Krill mengangkat Allys dan dibawa ke bilik untuk berehat. Manakala yang lain pula beransur ansur ke bilik masing masing.

Quin pun meminta diri ke biliknya hanya Ezra yang masih tinggal disitu.

••••••••••••

Hallo guys..kohoo sorry lambat update... Eh saya baru perasan dekat chap 39 saya salah eja nama Aerlin huhu..takpa buat' tak perasan jerr..thankiu sebab setia support story niii..



•••••••••••••••
For the next chap!
••••••••••••••

Allys! Larii Allys larii!! ” teriak seorang wanita tua yang sedang menahan beberapa orang lelaki yang berbadan besar.

Allys berlari sekuat hatinya dengan air mata yang turun deras dipipinya. Hutan yang tebal menjadi pilihan untuk menyorok.

[Skip]

“ kau gila Ashley! ” tengking Emily sambil menyerabutkan rambutnya.

“ kita tiada pilihan lain! Bagitahu aku apa lagi pilihan yang kita ada ha?! ” balas Ashley dengan suara yang kuat.

“ tapi ini bukan caranya Ashley! Aku tau kita tiada pilihan tapi kau yakin pilihan ni yang terbaik? ” tanya Zif dan Zef serentak.

“ ak-aku tak tahu ” Ashley terduduk.

“ tapi kita tiada pilihan.. di-dibunuh atau membunuh.. Apa yang aku fikirkan! ” Emily terduduk menangis Zif dan Zef kelihatan serabut sekali.

Nantikan!✓

QUEENWhere stories live. Discover now