Bab 66 ૡ

8.1K 465 32
                                    

SUDAH dua minggu Ian berada di Italy, namun tiada sepatah pun khabar tentang dirinya disana. Dia langsung tidak menghubungi Amanda.

Amanda pula hampir setiap malam menangis kerana rindukan pelukkan suaminya, suara suaminya yang memujuk dirinya ketika menangis.

Kandungan Amanda sudah mencecah 40 minggu, bila-bila masa sahaja dia akan diserang sakit nak bersalin.

Datin Kamila, Aizad dan Sara juga sudah dua minggu menetap di rumah Ian dan Amanda. Menemani ibu mengandung itu.

Amanda kini sedang duduk diruang tamu bersama Niel. Jejaka itu hari-hari datang kesini untuk berborak dengan Amanda. Atas arahan Ian, Ian tahu Niel mampu membuat Amanda ketawa ketika dia tiada.

       "Ian ada call u tak Niel?" tanya Amanda, perasaan sedih ditahan.

Niel terdiam mendengar soalan Amanda, kepala digaru walaupun tidak gatal. Ian tidak membenarkan Niel memberitahu Amanda bahwa dia berhubung dengan Niel. Taknak isterinya terasa hati.

       "Takda pulak, cuba u tanya Shark" jawab Niel. Kebetulan Shark ada sekali dengannya, apa salahnya gunakan dia.

       "Ish u ni, taknak lah. Takut i" bisik Amanda perlahan. Niel tergelak besar.

       "Shark, bini bos kau takut lah nak borak dengan kau haahahahaha" ujar Niel terbahak-bahak.

       "Tch, tak perlu takut little girl" Shark bersuara, tidak lembut dan tidak kerasa. Hanya biasa.

       "Husband i takda call u ke? text u ke?" tanya Amanda.

       "For now, takda" tetapi jawapan Shark menghampakan Amanda. Dia membuat muka. Kecewa.

       "Eh u tak payah la sedih-sedih Amanda, apa kata kita pergi mandi kolam. Nak?" cadang Niel. Shark mengerutkan kening mendengar cadangan Niel.

"U biar betul?" tanya Amanda tidak percaya. Dia memandang kearah perutnya. Nak berenang dengan perut yang macam tong drum ni?

"Hahaha ada pulak i main-main. Betullah, bukannya i suruh u berenang. I suruh u celup kaki saja dekat dalam kolam. Tenangkan diri" jawab Niel sambil tergelak halus.

Amanda membulatkan mulutnya seperti huruf 'O' tanda faham. Dia akhirnya setuju dengan Niel. Amanda dan Niel berjalan kearah kolam yang berada di tepi rumah.

Amanda dan Niel melabuhkan punggung ditepi kolam, kaki dicelupkan kedalam air. Mereka asyik berbual.

Hilang sedikit rasa sedih Amanda yang rindukan Ian apabila Niel datang menemaninya disini. Datin Kamila dan Sara pula keluar tadi. Pergi checkup Medina.

MakJah pula sibuk memasak dibahagian dapur, jadi Amanda tiada kawan nak berbual. Tiba-tiba Niel dengan Shark datang tadi. Boleh la berborak.

Selalunya mereka datang bertiga, namun kali ini Han tiada. Jejaka itu pergi outstation di Indonesia selama seminggu. Dia baru saja pergi kelmarin, jadi minggu depan baru Han pulang ke Malaysia.

Sedang Amanda dan Niel berborak, perut Amanda terasa sakit. Dia mengerutkan wajahnya. Niel yang perasan itu terus bertanya.

       "S-akit Niel" ujar Amanda perlahan, Niel terus berdiri.

       "Shark!!" panggil Niel agak kuat memandangkan Shark berada diruang tamu.

Shark yang mendengar itu terus bergegas ke ruangan kolam.

Ian Mikael'sWhere stories live. Discover now