Bab 13 ૡ

8.7K 541 26
                                    

IAN berjalan keluar dari Ahmad Airlines, fail hitam berkulit keras dipegang ditangannya. Alam kereta ditekan sebelum dia membuka pintu dan tiba-tiba lengannya ditarik. Ian pantas menoleh.

       "Take your hand off bitch" dingin saja Ian bertutur. Mata gelap dan dingin Ian berlaga dengan anak mata gadis dihadapannya itu.

Syaza pantas mengalihkan tangannya daripada terus memegang lengan Ian. Dia berdehem kecil bagi menghilangkan rasa gentar apabila menerima panahan tajam dari Ian.

       "U dah nak balik ke Ian?" tanya Syaza. dia menilik wajah tampan Ian dengan teruja. Langsung tiada cacat cela diwajah jejaka dingin itu.

        "Fuck off" tutur Ian mendatar sebelum dia memboloskan diri kedalam keretanya. Pintu dihempas kuat, Syaza yang berada diluar kereta itu sedikit terperanjat dengan tindakan Ian.

Ian menekan pedal minyak dengan kuat. kereta Ian yang berjenama Nissan R36 GTR meluncur laju pergi meninggalkan Syaza yang terpinga-pinga.

'Takpa Ian. harini u sombong dengan i. Manatau esok lusa u terhegeh dekat i' bisik hati busuk Syaza. dia tersenyuk sinis memandang kereta Ian yang semakin hilang dari pandangan mata. Dia kemudian berlalu pergi.

"Syaza" langkah Syaza terhenti apabila mendengar suara yang memanggil namanya dari arah belakang. Pantas dia menoleh kebelakang sebelum tersenyum sinis.

"Apa kau nak?" tanya Syaza mendatar. tangannya disilangkan kedada.


Pang!


"Disebabkan kau aku kena buang kerja! kau selfish Syaza" suara Aqilah sudah naik satu oktaf. Syaza mendesis sakit, pipinya yang ditampar digosok. Kemarahannya memuncak naik.


Pang! Pang!


Syaza menampar pipi Aqilah dengan kuat di kiri dan kanan. Terteleng kepala Aqilah, bibirnya pecah. Darah pekat mulai mengalir.

"Sekali lagi kau naik tangan dekat aku. mati kau aku kerjakan!" jerkah Syaza kuat, pandangan orang disekeliling dihiraukan. Tubuh kecil Aqilah ditolak kuat sehingga gadis itu terjatuh keatas jalan tar.

Aqilah hanya mampu menahan tangisan daripada terletus. Dia takkan pernah menang jika berlawan dengan Syaza.

"Pergi mampos dengan kau kena buang kerja!! elok kau mati terus!!! anak kau pon patut mati!!!" tengking Syaza kuat seraya memijak perut Aqilah dengan kasut tumit tingginya.

Aqilah mengerang sakit, pehanya mulai terasa seperti ada darah mengalir. Dia melepaskan tangisan, walaupun itu anak luar nikah. Itu tetap anak dia, sampai hati Syaza.

"Puas hati aku" kata Syaza sebelum dia berlalu pergi, Aqilah menggosok perutnya perlahan. Air mata semakin lebat gugur ke bumi, dia disahkan mengandung oleh doktor beberapa hari lepas. Dia dirogol pada bulan lepas ketika dalam perjalanan pulang dari kerja pada tengah malam. Aqilah menceritakan semua yang terjadi kepada Syaza kerana menganggap gadis itu sahabatnya, tetapi sangkaannya jauh meleset.

"Aqilah!" panggil seseorang sedikit kuat, Aqilah pantas menoleh sebelum dia cepat-cepat bangun tetapi bahagian kewanitaannya terasa perit sebelum dia terduduk semula.

Amanda yang kebetulan lalu disitu terus mendekati Aqilah yang seperti sedang takut. Wanita itu menekup kedua belah telinganya.

"Aqilah!" jerit Amanda sedikit kuat apabila ternampak darah dibetis wanita itu. Dia mahu membantu Aqilah bangun tetapi tangannya direntap kasar oleh seseorang.

Ian Mikael'sWhere stories live. Discover now