Bab 57 ૡ

7.5K 396 6
                                    

DALAM tak sedar, sudah hampir 2 bulan Amanda bergelar tunang Ian. Hari ini, Amanda diminta oleh Ian untuk datang ke pejabatnya.

Katanya Ian nak bawa Amanda pergi fitting baju dan cari barang kahwin. Majlis mereka berdua akan dianjukarkan lebih kurang seminggu saja lagi.

Amanda melangkah kaki masuk kedalam bangunan dimana terletaknya company Ian. Banyak mata yang memandang Amanda.

Gadis itu hanya memakai blouse berwarna biru gelap dan seluar jeans berwarna putih. Kepalanya ditutup dengan shawl yang berwarna putih.

Ya, hati kecil Amanda terdetik untuk memakai tudung hari ini. Semenjak menjadi tunang Ian, Ian banyak memberi nasihat kepada Amanda supaya gadis itu menutup auratnya.

Punat lift ditekan ke tingkat 35 dimana terletaknya office Ian. Terbuka sahaja pintu lift, Amanda terserempak dengan Niel dan Shark yang juga ingin masuk kedalam lift.

Niel menyapa Amanda manakala Shark hanya menayangkan senyuman tipis. Jejaka itu memang pendiam dan dingin.

Dan betul tanggapan Amanda, Ian dan sahabatnya yang lain pasti akan terkejut apabila melihat Amanda memakai tudung.

Datin Kamila, Aizad dan juga Sara tadi turut terkejut dengan perubahan Amanda. Namun mereka menumpang gembira kerana gadis itu sudah terdetik hati untuk berubah.

Dengan hati yang berdebar, Amanda berjalan kearah office Ian. Pintu diketuk dahulu.

Mendengar saja suara Ian menyuruhnya masuk. Pintu office itu dibuka sedikit sebelum dia masuk kedalam.

Ian yang sedang membelek fail itu mengangkat wajahnya. Ya, reaksi sedikit tergamam melihat Amanda yang cantik dan sopan bertudung itu.

"Beautiful" perkataan pertama yang keluar dari mulut Ian.

"Damn, you are so beautiful" puji Ian ikhlas. Tidak dinafikan, Amanda kelihatan sungguh menyerlah hari ini.

Kena pula dengan kulit wajahnya yang putih, menaikkan lagi seri bakal pengantinnya itu.

"Ish u ni malu la i" ujar Amanda menahan malu. Pipinya terasa bahang dan dia tahu pipinya sekarang ini seperti tomato.

Gadis itu melabuhkan punggung diatas kerusi berhadapan dengan meja kerja Ian.

"I tell the truth" balas Ian lembut, senyuman menggoda diberikan kepada tunangnya itu.

Amanda tersenyum malu, wajah Ian ditatap lama. Dia rindukan Ian. Kali terakhir dia berjumpa Ian adalah semasa hari pertunangannya.

Dan selepas itu, Ian sibuk dengan kerjanya kerana dia baru saja membuka company baru. Ya, bangunan yang diduduki sekarang ialah company barunya.

Namun, dalam keadaan sibuk bekerja. Ian juga sempat menelefon Amanda setiap malam, bertanyakan khabar tunangnya itu.

Dan jejaka itu selalu juga meminta maaf dengan Amanda kerana tidak dapat meluangkan masa dengannya.

Tetapi Amanda memilih untuk memahami kerja tunangnya itu. Langsung tidak terasa hati kerana Ian tiada masa dengannya.

       "Hey, mengelamun apa? aku dah depan mata pun kau mengelamun lagi eh gorgeous?" tanya Ian berbaur perlian.

Amanda tersedar dari lamunannya. Wajah tampan Ian dipandang sekali lagi. Jejaka itu segak berpakaian kerja. Lengkap berkot dan bertali leher.

       "Jom" ajak Ian, sebenarnya kerjanya masih belum selesai tetapi dia tangguhkan dulu. Hanya demi Amanda Daniella.

Ian Mikael'sWhere stories live. Discover now