Bab 58 ૡ

7.5K 393 10
                                    

IAN yang baru saja melangkah masuk kedalam rumah itu menolehkan kepala kearah ruang tamu.

Dia mengerutkan kening apabila melihat semua orang berkumpul disitu. Patut saja diluar rumah ada beberapa kereta lain.

"Why?" tanya Ian seraya melangkah kearah mereka semua.

Javien menghulurkan satu kertas kecil kepada Ian. Ian menyambutnya.

Wait for me, Ian Mikael
-JR

Kening dijongketkan membaca ugutan itu, dia kemudian melabuhkan punggung disebelah Luth.

       "JR?" tanya Ian pelik, kepala memikirkan sama ada musuhnya ada yang bernama JR atau tidak.

       "Jayden Raykarl" jawab Han mendatar, bukan dia tak kenal dengan Karl ini.

"Friend of Iden" celah Nico dingin. Semasa kejadian di United Kingdom. Karl tiada disitu kerana dia ada hal yang harus diselesaikan di United States.

       "So?" tanya Ian yang masih blur. Dahi dikerutkan seribu. Mata kelip-kelip memandang Javien dan Nico secara bergilir.

       "Sejak bila kau jadi bengap ni?" sampuk Niel yang sedang bermain dengan rambut Luth.

       "Haah, kau dah jadi kembar Niel ke? bengap semacam kau ni Mika" ujar Luth pula. Bibir mengukirkan senyuman sinis kepada Niel.

       "Aku pun tak tahu apa motif dia suruh tunggu dia. Mungkin nak balas dendam, mungkin juga dia betul-betul nak kau tunggu dia. Atau mungkin juga dia dah lama tunggu kau, eh aku merepek apa ni?" Ian menghadiahkan jelingan tajam kearah adiknya.

       "Mana Shark?" tanya Ian apabila perasan akan ketidak hadiran Shark disitu.

       "Entah, dah mati agaknya" jawab Niel selamba. Ian hanya mengeluh perlahan, susah kalau ada yang terlajak bengap ni.

Telefon Ian tiba-tiba berdering minta diangkat, telefon yang berada didalam kocek seluar dikeluarkan. Amanda.

Ian berdiri dan menuju keruangan dapur untuk menjawab panggilan telefon daripada Cik tunangnya itu.

       "Hello" sapa Ian seraya melabuhkan punggung diatas kerusi.

       "Ian!! i terima nota kecil. Dia tulis 'Wait for me, JR'. I takut Ian" ujar Amanda. Suaranya sedikit bergetar.

       "What? you got the same note?" tanya Ian sedikit terkejut.

Amanda mengangguk laju seakan-akan Ian boleh melihat dirinya.

       "I takut. Mama, Aizad dengan Sara tiada dekat rumah. Diorang keluar, i sorang-sorang" tutur Amanda.

"Lepastu tadi i dengar macam ada orang masuk dalam rumah. I takutt" ujar Amanda lagi.

Kini dia sedang berkunci didalam bilik tidurnya, takut juga jika ada manusia lain didalam rumah itu. Nota kecil tadi pun dijumpa dipintu besar rumahnya.

"Stay there, aku on the way" kata Ian sebelum dia mengakhiri panggilan telefon itu.

Dia kemudian bergegas keruang tamu semula, kunci kereta bmw dicapai. Mereka yang berada disitu memandang pelik kearah Ian yang terburu-buru itu.

"Nak pergi mana bro?" tanya Han pelik. Ian menoleh seketika.

"Rumah Amanda, that shit started new game" kata Ian dingin sebelum dia berlalu keluar.

Ian Mikael'sWhere stories live. Discover now