Bab 37 ૡ

7.8K 457 19
                                    

AMANDA menekup mulutnya apabila mendengar apa yang disampaikan melalui televisyen. Air matanya perlahan-lahan mengalir di pipi.

     "I-iann!!!!!!" jerit Amanda kuat, gambar mayat yang bertutup itu ditatap lama pada skrin televisyen. Berita yang menyampaikan tentang kematian seorang jejaka yang berkulit putih itu sudah dapat diteka oleh Amanda.

Hanya Ian sahaja yang berada disana semasa hujan lebat petang semalam. Amanda sudah menangis teresak-esak mengenangkan kematian Ian.

Gadis itu bangkit dari duduknya, kunci kereta dan telefon dicapai sebelum dia bergegas turun kebawah. Nombor telefon Luth dicari.

       "Hello? Luth? tu bukan Ian kan Luth? please tell me tu bukan Ian" sapa Amanda laju sambil kakinya bergerak kearah keretanya.

Luth mengeluh perlahan sebelum menjawab pertanyaan dari Amanda. Bagaimana cara untuk dia memberitahu gadis itu bahwa mayat yang terkujur didalam berita itu ialah Ian Mikael.

       "Amanda, listen to me. Please be strong, i pun terkesan dengan berita tu. Now i nak pergi tasik tu, mayat masih lagi disana" jawab Luth lalu mengakhiri panggilan telefon itu.

Kaki Amanda terasa longlai, dirinya terduduk ditengah-tengah garaj kereta. Dadanya terasa sesak, sukar untuk dia bernafas.

       "Please, tu bukan Ian Amanda" nafi Amanda pada dirinya sendiri. Air mata yang mengalir diseka kasar sebelum dia kembali bangkit dan memboloskan diri kedalam kereta.

Kereta yang berjenama Camaro Chevrolet ZL1 milik Amanda itu bergerak laju menuju kearah tasik dimana dirinya dan juga Ian melepaskan perasaan kelmarin.

Mata Amanda tertumpu kearah langit yang sudah pun gelap menanti hujan. Gadis itu menarik nafas dalam, dia cuba untuk berfikir positif tentang Ian.

Sampai sahaja ditasik, Amanda berlari kearah orang ramai yang sedang berkumpul. Hujan mulai turun dengan renyai.

Setelah melepasi beberapa puluh orang akhirnya Amanda tiba dibahagian paling depan. Kakinya terhenti, lututnya terasa longgar.

Dapat Amanda lihat dari tangan putih seorang jejaka yang terkeluar dari kain putih yang menutup badan mayat itu. Dengan langkah perlahan Amanda berjalan mendekati tangan itu.

"Harap maaf Cik. Cik tidak boleh sebarangan menyentuh mayat. Mayat dari dalam tasik dan kemungkinan terdapat banyak kuman yang melekat pada mayat" ujar seorang polis yang berjaga disitu.

Amanda tidak mempedulikan kata-kata dari seorang pegawai polis itu. Melihat Amanda ingin menyentuh tangan mayat itu, pegawai polis yang bernama Amin itu lantas menahan tangan gadis itu.

"Cik tolong beri kerjasama, tolong jangan mendekati mayat" kata Inspektor Amin itu dengan nada yang tegas dan sedikit tinggi.

Amanda merenung tajam kedalam anak mata hitam Inspektor Amin seakan-akan memberi amaran kepada jejaka itu.

"Jangan halang aku" kata Amanda dingin, cukup dingin.

Amanda menyentuh jari mayat itu yang sudah membiru dan mengecut. Mungkin akibat terlalu lama berada di perairan.

Amanda terus melepaskan tangan mayat itu apabila dia sudah memastikan cincin yang elok dipakai dijari telunjuk mayat Ian.

Ya, itu Ian. Cincin itu ialah cincin yang dihadiahkan oleh Amanda semasa awal percintaan dahulu. Cincin yang mempunyai nama Amanda dan tarikh percintaan mereka.

Ian Mikael'sWhere stories live. Discover now