Bab 6 ૡ

10.4K 583 6
                                    

AMANDA mengatur langkah turun kebawah. Dia hanya mengenakan hoodie warna coklat lembut dengan seluar jeans biru. Rambutnya dilepaskan.

       "Morning papa, mama, abang" sapa Amanda ceria sambil mengambil tempat disebelah Aizad. Jejaka itu lengkap dengan suit kerjanya, begitu juga Dato Ahmad.

       "Morning, nak pergi mana cantik-cantik ni?" tanya Dato Ahmad sambil menyuakan roti bakar kedalam mulut.

       "Library, ada buku baru keluar hehe" jawab Amanda sambil tersengih. Dia sememangnya dikenal sebagai gadis ulat buku, selalunya dia akan menghabiskan masa lapangnya untuk membaca segala jenis buku.

      "Erk tak habis-habis dengan buku. Dalam bilik adik tu dah penuh dengan buku je" celah Aizad mendatar.

      "Haah kan bang. Apa kata kalau adik buat bilik tepi bilik adik tu jadi library adik! wahh mesti best, boleh kan papa hehe" tutur Amanda sambil mengedipkan matanya berkali-kali ke arah Dato Ahmad.

     "Ambiklah dik, bilik dekat rumah ni banyak. Nanti mama orderkan rak buku" kata Datin Kamila lembut. Amanda hanya tersenyum gembira, nasi goreng dicedok lalu disuakan kedalam mulut.

Dato Ahmad dan Aizad hanya menggelengkan kepala beberapa kali melihat celoteh Amanda.

"Bik bawakkan saya air kosong bik" jerit Amanda tiba-tiba.

"Ini ya Cik Manda" tidak sampai 1 minit, bibik Yanti muncul dengan membawa segelas air kosong. Amanda menyambut huluran dari bibiknya sebelum mengukirkan senyum kecil.

"Abang dah siap. Adik nak abang hantar ke nak pergi sendiri?" tanya Aizad sambil mengesat mulutnya dengan tisu.

"Takpalah adik naik kereta adik je. Dah lama tak start Lion" jawab Amanda. Lion ialah kereta sport kesayangannya, ya Amanda memang pelik-pelik je bagi nama dekat barang dia.

"Eh tapi mana yogurt? i almost forgot about her" tanya Amanda sambil matanya melilau cari kelibat Yogurt kucing kesayangannya.

"Ada dekat dalam bilik dia lah" jawab Datin Kamila.

Usai saja makan, Amanda terus mencapai kunci keretanya di tempat simpan kunci kereta. Dia menuju ke arah garaj kereta.

"Hi Lion, u look so garang! i love you!" tutur Amanda sambil menekan butang start di keretanya. Dia memberi nama kereta sport miliknya Lion kerana kereta itu kelihatan garang diluaran.

Kereta milik Amanda yang berjenama Chevrolet Camaro ZL1 1LE meluncur laju keluar dari perkarangan rumah banglo mewah itu. Bunyi ekzos Lion sangat membisingkan tetapi Amanda suka akan bunyi itu. Garang!

Library yang berada ditengah bandar dituju. Lagu 'Baby by Justin Bieber' dipasang kuat didalam kereta.

'Luda! when i was 13, i had my first love. There was nobody that compared to my baby and nobody came between us or could ever come above' laju saja mulut Amanda mengikut lirik yang dinyanyikan oleh Ludacris. Tangannya dilepaskan sebentar pada staring kereta bagi menggerakkan tangan ala-ala rapperz

'She had me going crazy, oh i was start-struck. She woke me up daily. Don't need no starbucks' Amanda sememangnya peminat setia Justin Bieber jadi tidak pelik kalau dia hafal lagu idolanya.

Sedar tak sedar dia sudah pun tiba di library. Dia mengunci kereta dan melangkah masuk kedalam, topi dipakai diatas kepala bagi menyelamatkan diri dari diserang peminat.

Ian Mikael'sWhere stories live. Discover now