Bab 45 ૡ

8.3K 451 33
                                    

IAN dan Amanda kini berada dihadapan pintu pagar rumah banglo mewah milik Dato Ahmad.

Amanda dijemput untuk ke perkahwinan Aizad dan Sara oleh Datin Kamila semasa dia berada dihospital beberapa hari yang lepas.

Keluarga Amanda masih lagi tidak mengetahui tentang kewujudan Ian. Amanda meminta Ian untuk menemaninya ke kenduri Aizad.

Mereka berdua melangkah masuk kedalam perkarangan banglo mewah itu dengan seiring.

Ramai tetamu yang memandang kearah mereka berdua dengan pandangan yang tanda tanya. Mungkin tidak kenal akan jejaka disebelah Amanda.

       "Assalamualaikum" Amanda memberi salam kepada ibu saudaranya selaku penyambut tetamu yang berada dibawah khemah.

Ibu saudara Amanda yang bernama Aliah itu menolehkan kepalanya kearah Amanda dan Ian.

       "Waalaikumsalam Amanda .. ya Allah rindunya mak long dekat Amanda" ujar Puan Aliah seraya memeluk Amanda erat.

Amanda turut membalas dakapan ibu saudaranya itu sambil tersenyum tipis.

       "Manda pun rindukan mak long, mama mana?" tanya Amanda seraya merungkaikan pelukkan Puan Aliah.

       "Mama Manda ada dekat dalam, meh masuk sayang. Ya Allah syukur Allah dah lembutkan hati Amanda untuk balik kesini" tutur Puan Aliah sambil menarik lembut tangan Amanda menuju ke pintu rumah.

Amanda hanya mengekor Puan Aliah, hatinya terasa berdebar untuk berhadapan dengan ahli keluarganya. Ian pula hanya mengikuti langkah Amanda dan Puan Aliah.

       "Mila, anak kau dah balik Mila. Syukur ya Allah" ujar Puan Aliah apabila tiba dihadapan pintu rumah banglo mewah itu.

Dato Ahmad, Datin Kamila, Aizad dan juga Sara yang sedang bergambad diatas pelamin itu menayangkan reaksi terkejut dengan kehadiran Amanda.

       "Ya Allah anak mama!!!" jerit Datin Kamila seraya berlari mendapatkan Amanda. Badan kecil gadis itu dipeluk erat melepaskan rindu yang terpendam.

Dato Ahmad, Aizad dan Sara turut mendekati anak beranak yang sedang berpelukkan itu. Aizad sedikit terkejut apabila terpandang Ian yang berdiri dibelakang Amanda.

"Anak papa" panggil Dato Ahmad sebak, air matanya bergenang.

Amanda menolehkan kepalanya kearah Dato Ahmad sebelum tangisan yang ditahan daripada tadi terus pecah.

"Papa...." tutur Amanda seraya memeluk badan tua papanya. Tangisannya semakin lebat apabila mengingatkan segala dosa yang dia buat terhadap papa dan mamanya.

"Maafkan Manda , papa , mama" kata Amanda perlahan.

Datin Kamila turut menangis melihat Amanda yang sedang memeluk Dato Ahmad. Dato Ahmad menggelengkan kepalanya beberapa kali sambil mencium ubun-ubun anak gadisnya itu.

"Anak papa takda buat salah dengan papa. Papa sentiasa maafkan anak papa" ujar Dato Ahmad sayu.

Tangisan Amanda semakin lebat. Betapa banyaknya dosa Amanda terhadap Dato Ahmad dan Datin Kamila. Sudah terlalu banyak Amanda menggoreskan hati kedua orang tuanya.

"No pa Manda banyak salah dengan papa, dengan mama. Banyak dosa Manda dengan papa mama. Amanda berdosa pa, Manda berdosa" rintih Amanda.

Ian Mikael'sWhere stories live. Discover now