Bab 63 ૡ

7.9K 416 7
                                    

Beberapa bulan kemudian


AMANDA tergamam melihat hasil pregnancy test ditangannya itu. Bagaikan tidak percaya Allah tiupkan malaikat kecil kedalam rahimnya secepat ini.

Hati melonjak gembira dan bersyukur. Amanda terdetik untuk membuat pregnancy test kerana periodnya sudah lewat seminggu.

Hari ini juga sudah genap 5 bulan perkahwinan mereka berdua. Dan hari ini juga merupakan hari lahir suaminya. Jam menunjukkan pukul 11 pagi, sekarang ini Amanda berada dirumah Datin Kamila.

Amanda menarik nafas dalam, terbit satu idea. Dia ingin membuat kejutan kepada suami dan keluarganya. Pregnancy test itu dilap dengan kain sebelum dia keluar dari bilik air.

Pregnancy test itu disorok kedalam satu laci yang tidak diguna buat sementara waktu. Dia kemudian kembali masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri.

Usai mandi, Amanda terus bersiap dengan memakai blouse berwarna putih dan seluar jeans putih. Wajahnya dicalit dengan mekap, rambut ditutup dengan shawl putih.

Setelah berpuas hati, Amanda mencapai beg sandangnya yang tergantung. Telefon diambil, nombor Ian dicari lalu menekan butang memanggil.

"Assalamualaikum sayang. Kenapa? boo tengah meeting ni" sapa Ian dari atas talian. Suaranya sedang berbisik.

"Waalaikumsalam boo, sayang nak minta izin boleh hehe? sayang nak keluar kejap" balas Amanda teruja. Ian mengerutkan kening.

"Keluar? nak pergi mana sayang? dengan siapa?" tanya Ian risau. Selama perkahwinan mereka, Ian tidak pernah membiarkan Amanda keluar tanpa dirinya.

"Nak pergi cari barang sikit. Seorang je boo" jawab Amanda separa jujur. Dia sebenarnya ingin ke kedai kek.

"Ish sayang, boo risau la sayang keluar seorang. Boo suruh Niel temankan eh? dia macam takda function sangat dalam meeting ni" kata Ian separa menyindir Niel yang sedang membuta didalam bilik meeting itu.

Amanda diamkan diri sejenak, memikirkan cadangan suaminya.

"Emm okay boo" Amanda mengalah. Dia faham Ian risaukan keselamatan dirinya.

"Okay, nanti Niel ambil sayang" kata Ian sebelum dia terus meletakkan panggilan itu, belum sempat Amanda membalas percakapannya.

Amanda mengeluh perlahan sebelum dia keluar dari biliknya. Moodnya sedikit merudum, niat dihatinya ingin membuat kejutan kepada semua orang.

Jika Niel ikut, sudah tentu jejaka itu akan tahu terlebih dahulu. Namun Amanda hanya menepis perasaan itu, bibir kembali tersenyum gembira.

Dengan berhati-hati Amanda turun anak tangga itu, mata dihala kearah ruang tamu. Datin Kamila sedang mendukung seorang bayi.

"Eh adik nak pergi mana ni?" tanya Datin Kamila. Tangan sibuk mendodoi bayi perempuan itu yang bernama Aileen Medina itu. Anak kepada Aizad dan Sara yang berusia sebulan.

"Heheh adik nak keluar kejap, dengan Niel. Kejap lagi dia datang ambil" jawab Amanda sambil berjalan mendekati Datin Kamila dan Medina.

"Ouh, dah minta izin Ian?" tanya Datin Kamila senada sambil mencerlung kearah Amanda. Amanda tersengih lalu mengangguk.

"Hi Medina, kesayangan mommy ni" Amanda mengepitkan suaranya ketika bercakap dengan Medina. Bayi kecil itu lena dibuai mimpi. Wajahnya sebiji mengikut muka Aizad. Copy and paste.

Ian Mikael'sWhere stories live. Discover now