Bab 12 ૡ

9K 523 40
                                    

AMANDA masuk kedalam cafe starbuck yang dijanjikan oleh Sara. Dia menuju ke arah meja yang diduduki oleh Mia dan Saraz

"Hi awek, sorry lambat. Aku balik solat dulu tadi dekat rumah then jalan jammed pulak hehe" sapa Amanda sambil melabuhkan punggungnya disebelah Mia berhadapan dengan Sara.

"Kitorang pun baru je sampai. Air pun tak order lagi" kata Sara sambil meletakkan telefonnya diatas meja.

"Em jap aku order, macam biasa eh?" tutur Mia. Amanda dan Sara angguk serentak.

"Kau mimpi apa tiba-tiba datang sini?" tanya Amanda sambil mengambil kaca mata yang berada diatas rambut dan diselitkan dibaju.

"Takdalah, daddy dengan mommy aku pergi Dubai. Aku taknak ikut diorang so aku balik la sini" jawab Sara.

Amanda hanya mengangguk faham. Hampir 5 minit, akhirnya Mia muncul sambil membawa sedulang air starbuck.

"Eh u ni adik Ian kan?" tiba-tiba ada seorang gadis menegur Amanda. Amanda pantas menoleh sebelum dia menjongketkan kening.

"Omaigod tak sangka jumpa u dekat sini! what's your name?" kata gadis itu teruja sambil melabuhkan punggungnya disebelah Sara dengan selamba.

Mia dan Sara menjongketkan kening ke arah Amanda. Amanda pula menjongketkan bahu ke arah mereka berdua.

"U ni pekerja dekat kedai western yang i makan tadi kan?" tanya Amanda ragu-ragu. Takut jika tersalah orang.

"Ya i lah tu. Btw i Qasdina Syaza boleh panggil Syaza je, nice to meet you. What's your name?" tanya Syaza sambil menghulurkan tangan kearah Amanda.

"Erk i Amanda, Amanda Daniella" jawab Amanda segan sambil lambat-lambat menyambut huluran Syaza.

"So now u with your girl? apa nama diorang? boleh la i kenal-kenal dengan kawan u" kata Syaza teruja sambil menoleh ke arah Mia dan Sara.

"I Mia" kata Mia. Senyuman terpaksa diukirkan dibibirnya.

"I Sara" giliran Sara pula bersuara, dia menayangkan senyuman tipis ke arah Syaza sebelum matanya turun ke arah pakaian Syaza, trend mana dia ikut ni?

"Ni air siapa?? i nak boleh hehe. Dahaga lah" kata Syaza selamba sambil menyirup air chocolate ice blanded Amanda. Amanda tergamam dengan tindakan selamba Syaza, begitu juga Mia dan Sara.

"Er ambillah, i order air baru" tutur Amanda terpaksa sambil bangun dan menuju ke arah kaunter.

"You guys dah kawan lama ke dengan Amanda? hensem kan abang dia Ian tu haha. I fall in love with his brother" ujar Syaza sebelum dia menyirup lagi air Amanda sehingga separuh.

"Erk Ian bukan abang dia" kata Mia sambil menggaru pelipisnya.

"So? cousin dia?? untungnya Amanda ada cousin hensem nak mampos macam tu" pintas Syaza laju, Mia dan Sara mengeluh perlahan. Tingkatkanlah kesabaran didalam diriku ini Ya Allah.

     "Erk bukan cousin jugak" tutur Sara pulak.

      "Oh kawan jelah kiranya? okay-okay. You all selalu lepak sini ke?" tanya Syaza lagi.

      "Takdalah selalu" jawab Mia malas.

       "Oh korang ada mix ke? muka masing-masing macam ada mix" Sara mengukirkan senyuman terpaksa apabila Syaza seakan menujukan soalan pada dirinya.

      "I mix UK, Mia Korea and Manda Rusia" jawab Sara, mata dialihkan pada Amanda yang baru muncul dengan segelas air.

      "Wah bestnya ada mix. I melayu tulen je" kata Syaza teruja.

      "Manda, u selalu keluar dengan Ian ke? sebelah kedai yang i kerja tu syarikat Ian kan? besarnya syarikat dia. Mesti dia kaya kan?" tanya Syaza bertubi, Mia tersenyum sinis dengan soalan Syaza. Sah nak dekat Ian sebab duit.

      "Haah tu syarikat Ian, dah kalau ada syarikat kaya lah jawabnya" jawab Amanda tidak jujur, dia mengenyitkan mata kearah Mua dan Sara. Mereka berdua yang seakan faham dengan isyarat mata Amanda terus mengangguk tanda setuju.

      "Mesti u kaya jugak kan Manda" kata Syaza lagi, dia ni memang taknak berhenti bercakap kan.

      "Eh takdalah, i orang biasa je. Mix dengan Rusia tu pun nasib je sebab parents i kena kahwin paksa. now dua-dua dah buat haluan masing-masing. I terpaksalah menumpang harta Ian" kaw-kaw Amanda membongak. Mia dan Sara hanya mampu menahan tawa, Syaza mengangguk faham.

     "Ouh kesiannya u. tadi masa i datang sini i nampak kereta Chevrolet Camaron warna hitam. Kereta u ke Manda?" tanya Syaza lagi.

      "Eh mana ada, tak mampu la i nak pakai kereta mahal macam tu. U nampak kancil belakang kereta tu? ha tulah kereta i" jawab Amanda malas.

      "Oh kesiannya u pakai kancil. I pakai honda" kata Syaza dengan riak wajah bangga.

Mia sedaya upaya menahan tawanya daripada terletus. Kalau tak disebabkan Amanda nak mempermainkan Syaza. dah tentu dia dan Sara ketawa terbahak-bahak. Pandai Syaza buat lawak.

✰✰✰

Luth membuka pintu office Ian sebelum dia menapak masuk kedalam. Dia kemudian menghempaskan punggungnya dikerusi berhadapan dengan meja kerja Ian. Ian menangkat wajahnya sebelum menjongketkan keningnya sedikit.

       "Kau patut dengar penjelasan dari Aqilah dulu bro" kata Luth mendatar. dia kesian akan nasib Aqilah yang dibuang kerja hanya kerana satu hal kecil.

       "24 tahun aku hidup. Aku tak perlukan penjelasan walaupun sekali" tutur Ian dingin.

       "Dia kena ugut dengan minah yang terhegehkan kau au. Syaza tu ugut dia cakap nak bagitahu yang dia pernah terlanjur dengan jantan yang dia tak kenal pada mak bapak dia dekat kampung tu" kata Luth, masih lagi datar.

       "So?" Ian masih lagi tidak berada kasihan akan nasib Aqilah.

       "So kau tanya? aku nak kau tarik balik surat berhenti dia" tegas Luth bertutur, tidak suka dengan sikap Ian yang tiada adab dan belas kasihan dekat orang bawahan.

       "Asal lak. aku ada hak keatas privacy aku" Ian masih lagi tidak mengalah.

      "Tapi bukan dengan pecat orang sesuka hati Ian Mikael. Ya aku tahu kau sakit hati. kau ada hak nak buang orang sana sini. Tapi dia kena sara mak bapak dia dekat kampung. kalau kau pecat dia. Dia nak bagi makan apa dekat keluarga dia dekat kampung sana? pasir? batu?" tegur Luth tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras tetapi ada ketegasan didalam ayatnya.

      "If i said A thats mean A and if i said B that mean B. U know me well Luth Ryan" sinis saja Ian bertutur, Luth hanya mampu mengeluh perlahan. Payah kalau bercakap dengan orang yang keras kepala. selfish, biadab, mulut puaka, beku, kejam, ahli neraka lah senang cerita.

       "Lantak kau lah jamal. Aku nak balik rehat. esok aku ada flight ke Dubai, cau" putus Luth sebelum dia keluar dari office Ian. Tak betah lama-lama disitu. menyakitkan hati.

        "Nama aku Ian lah" tutur Ian perlahan sebelum tangan kembali menekan-nekan komputer.




- To Be Continued -

Ian Mikael'sWhere stories live. Discover now