Bab 53 ૡ

7.4K 401 31
                                    

LUTH dan Niel termengah-mengah mengambil nafas, mereka baru saja selesai membelasah hampir 50 orang konco Ravien yang menyerang tanpa henti.

Badan mereka berdua sudah dipenuhi darah terutamanya dibahagian muka.

Tangan Niel juga tercedera akibat dipukul dengan sebatang besi tadi.

Mereka berdua menuju kearah bilik beku yang berada ditingkat bawah tanah.

Sampai sahaja dihadapan pintu bilik beku itu, Luth dan Niel terkedu. Amanda tiada disitu.

       "Fuck! Amanda hilang!" jerit Luth sedikit kuat melepaskan geram. Tenaga dia semakin hilang, kepalanya juga turut pening akibat kehilangan banyak darah.

       "Amanda with me" kedengaran suara Shark menyampaikan info.

Luth dan Niel menghela nafas lega. Masing-masing terduduk sambil menyandarkan diri ke dinding. Penat.

Hampir 5 minit mereka berehat, Luth dan Niel kembali berdiri dan pergi mencari Cavian dan Shark.

Sampai sahaja ditempat Cavian berperang dengan Ravien. Masing-masing terkejut, Cavian dan Ravien sudah terbaring keatas lantai. Dipenuhi darah dan tidak sedarkan diri.

Shark dan Amanda juga tiba diruangan itu. Amanda membulatkan matanya sebelum matanya menjadi berat. Badannya mulai lemah sebelum dia pengsan namun disambut oleh Shark.

       "Go, Nico terlepas. Ravien dah ke neraka" kata Shark dingin.

Javien dan beberapa orang lagi anak buah Cavian turut tiba. Hampir terlopong mulut Javien saat melihat mayat Ravien. Kepala abangnya itu berlubang.

Tetapi keadaan tidak mengizinkan untuk Javien terkejut lama-lama. Dia diarah untuk membawa Cavian ke hospital.

"Wait, where's Han?" pertanyaan Niel itu membuatkan semua kaki yang sedang menuju kearah kereta itu terhenti.

"Dia dengan Nico, dia suruh aku selamatkan Amanda. Bagi dia settlekan Nico" jawab Shark tidak jujur.

Mereka semua mengangguk faham. Luth hanya diam, kepala memikirkan Han. Han sememangnya suka membuat kerja sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Mereka semua berlalu meninggalkan tempat itu. Selepas sahaja mereka hilang, rumah banglo mewah Ravien meletus kuat.

✰✰✰

Sampai sahaja dihospital, Ian dikejarkan ke wad kecemasan. Keadaannya seperti sudah tiada harapan.

Luth, Niel dan Amanda juga dimasukkan kedalam wad. Masing-masing kehilangan tenaga dan darah.

Amanda tidak tercedera namun dirinya terlalu sejuk sampai pengsan. Dikurung didalam bilik beku yang mencecah negatif 30 darjah celcius, sesiapa saja tidak akan mampu bertahan.

Shark dan Javien setia menunggu diluar wad Amanda, mereka lebih risaukan keadaan gadis itu kerana dia tidak biasa terjebak dalam situasi ini.

Namun jauh disudut hati Javien, dia risaukan Ian. Dia sudah kehilangan seorang abang. Jadi dia taknak hilang lagi seorang abang yang satu-satunya dia ada saat ini.

Setelah setengah jam menunggu, akhirnya seorang doktor keluar daripada wad Amanda.

"How about my sister doctor?" tanya Javien pantas.

"She's okey but she need her rest. Her body too weak right now but don't worry. Everything will be okay" ujar doktor perempuan itu sebelum tersenyum tipis.

Ian Mikael'sWhere stories live. Discover now