٣٥ | Love Or Live

579 84 24
                                    

Tak tahu nak cakap macam mana tapi thank you sebab masih setia baca sampai ke bab ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tak tahu nak cakap macam mana tapi thank you sebab masih setia baca sampai ke bab ni. Korang memang terbaik <3


+

Memori.

Denzell dan High Lady Anastasia duduk bersimpuh di hadapan Fergus, ketua golongan Brigid. Dialah tukang ramal dalam kumpulannya. Anak-anak buahnya yang lain ditugaskan dalam upacara Regina Caeli untuk semua kerabat diraja di empayar Ochumadora.

"Tujuan beta ke sini kerana beta mahu kamu ramal pasangan untuk anak beta."

Fergus menunduk hormat. "Menjunjung perintah, Tuanku." Bibir mengukir senyuman. Hendaklah berwajah manis terutama sekali dia sedang berhadapan dengan 'tuhan'nya.

Fergus pandang Denzell sambil mengangkat tangannya. Dia berura-ura ingin menyentuh dahi Denzell. "Señor, izinkan patik."

Denzell mengangguk, mengizinkan. Sejurus itu, Fergus melekap tapak tangannya pada dahi Denzell. Mata lelaki itu terpejam sambil mulut terkumat-kamit membaca mantera.

Selesai membaca mantera, Fergus diam buat sejenak. Kepalanya terteleng-teleng tatkala mindanya mula diserbu beberapa bayangan dari masa depan. Matanya terbuka luas. Terkejut dengan apa yang dia lihat.

"Kenapa, Fergus? Apa yang kamu lihat?" High Lady Anastasia terus menyerbu Fergus yang tercungap-cungap mengambil nafas. Dia rasa tidak enak melihat reaksi lelaki tua itu.

Denzell turut menatap Fergus dengan dada yang berdebar. Ada apa dengan pasangannya?

"Patik mendapat bayangan pasangan señor datangnya dari desa. Dia seorang pembuat roti. Señor dan dia memang ditakdirkan bersama. Apa yang lebih mengejutkan, seluruh semesta juga merestui hubungan kalian."

"What?" Nada High Lady Anastasia naik seoktaf. Dia pantas teringat seseorang yang dia kenali. Perempuan itukah? Soalnya dalam hati. Tak mungkinlah dia. Nafinya pula.

"Benar, Tuanku. Patik boleh tunjukkan bukti jika Tuanku mahu." Fergus memberi isyarat mata kepada pembantunya, Rian yang berdiri tidak jauh dari mereka.

Rian mendekati mereka sambil membawa sebuah bola kristal. Dia melutut lalu menghulur bola kristal itu kepada Fergus. Fergus meletakkan ia di hadapannya. Tangannya bermain-main di atas bola kristal sambil mulut membaca jampi. Bayangan seorang perempuan sedang menguli tepung muncul.

Wajah High Lady Anastasia berubah tegang. Tak guna. Tekaannya benar.

Denzell sedar perubahan pada riak wajah High Lady Anastasia. "Bonda kenal ke perempuan itu?" Dia menyoal. Rasa ingin tahu mencanak naik.

The Royal Asmaraloka ⓒWhere stories live. Discover now