١٩ | Her Lover

789 127 73
                                    

"Harini kita akan belajar cara nak melukis sebiji epal ya anak murid

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Harini kita akan belajar cara nak melukis sebiji epal ya anak murid. Kamu dah bersedia?"

"Faham, cikgu!" jeritku penuh bersemangat.

Denzell angkat kening sebelah. "Apa yang kamu faham, Estrella?"

Aku sengih panjang. Aku menongkat dagu, mata tak lepas merenungnya. "Hensem cikgu harini..." Meleret-leret suaraku memujinya.

Denzell sembunyi senyum. Berbunga hati dia yang tiba-tiba ada taman sejak berkahwin ni. "Kalau taknak kena kiss, jangan buat suara macam tu," pesannya separuh tegas. Wajah sengaja digarangkan.

"Baik!"

"Kita mulakan dengan melukis bahagian tangkai sebiji epal. Sila lihat dan belajar." Denzell mula melakar tangkai buah epal pada kanvas putih dengan arang yang telah diasah menjadi pensel.

Lakaran Denzell itu langsung tidak aku pandang. Membosankan. Aku sudahlah tidak pandai melukis. Jariku memutar-mutar pensel di tangan sambil mata menatap belakang Denzell yang menggoda itu penuh minat. Aum!

Terfikirkan sesuatu, aku angkat tangan riang. "Cikgu, cikgu! Saya ada soalan!"

Denzell berpaling, merenungku yang duduk tidak jauh darinya. "Soalan apa tu, Estrella?"

Aku menopang dagu. "Cikgu ada tips tak macam mana nak jadi hensem macam cikgu?" Aku beri dia pandangan menggoda. Hoho. Nak uji sikit 'cikgu' aku yang ada di hadapan ini.

Kening Denzell jadi terangkat sebelah. Tak menyangka itu yang disoal isterinya. "Saya hensem ke?"

"Sangat, cikgu!"

Denzell merapati aku lalu duduk di hadapanku. Aku semakin berani mengusik. Aku maju sehingga wajah kami tinggal beberapa inci saja akan bertemu.

"Sampai saya rasa nak kurung cikgu dalam bilik berdua dengan saya lepastu kita boleh..." Sengaja aku menggantung ayatku. Bibir bawah aku gigit dengan niat mengusik nafsu si dia.

"Kita boleh apa, sayang?" soal Denzell dengan nada yang tertahan. Haha, cepat benar dia terusik.

Mata kami berbalas tatapan penuh hangat. "Kita boleh..." Aku diam lagi. Biarkan dia tidak senang duduk.

Giliran Denzell pula merapatkan wajahnya denganku lalu tangannya mencengkam daguku lembut. "Hm?"

"Kita boleh praktikkan cara nak buat baby. Bosan tau tak lukis epal ni? Baik kita buat anak, awak." Aku tayang wajah selamba sementara Denzell buat muka toya.

"Gatal tak bertempat eh kau ni? Nafsu kuda betul," komennya selamba.

Bibirku mencebik. "Eleh dia cakap kita... haritu siapa eh yang gatal pergi cium kita kat tengah-tengah dewan?" Aku senyum penuh makna merenungnya tajam.

"Ha mulalah tu nak mengungkit."

Aku tak pedulikan dia lantas menyambung ayatku yang tergantung tadi. "Kononnya nak tiru aksi Cinderella and the Prince Charming. Malu saya takkan habis sehingga tujuh keturunan, awak tahu tak?"

The Royal Asmaraloka ⓒWhere stories live. Discover now