٣ | Naughty

1.3K 237 98
                                    

Setelah aku kembali waras dari penangan Denzell, aku terus menuju ke bilik Crown Lady

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Setelah aku kembali waras dari penangan Denzell, aku terus menuju ke bilik Crown Lady. Bilik ini dikhaskan untuk seorang Crown Lady. Selepas aku naik takhta, aku akan punyai bilik yang khas untuk High Lady pula. Yang menariknya, bilik High Lord dan High Lady berasingan. Sangat sesuai untuk aku dan Denzell.

Aku menoleh sekilas pada Madam Fiona yang sibuk menyusun jadual harianku sebelum tiba hari perkahwinan dan majlis pertabalan aku dan Denzell. Katanya, ada lagi tujuh hari tersisa.

Dalam masa tujuh hari itu, jadualku padat dengan kelas adab dan etika, upacara mandi puspa, malam Regina Caeli, manicure, pedicure dan banyak lagi rawatan khas lain.

Tujuh hari lagi dan aku akan ditabalkan sebagai High Lady. Aku teruja dalam masa yang sama aku takut dengan penerimaan rakyat Ochumadora. Ilmuku juga masih cetek apabila berkaitan urusan empayar. Walaupun aku akan mempelajari perkara basic tentang bagaimana mengendali sebuah empayar, aku masih takut aku tidak mampu.

Bagaimana dengan keluarga angkatku di desa? Siapa yang akan menyara mereka selepas ini? Aku mengeluh berat. Fikiranku jadi lebih kusut. Pasti mereka ternanti khabar dariku. Kasihan juga pada Mia. Pasti dia kesunyian tanpa aku memandangkan aku satu-satunya rakan yang dia ada.

Milady?

Aku mengangkat kepala apabila diseru.

Madam Fiona memberi isyarat. Matanya menyorot ke arah kanannya. Alangkah terkejutnya aku melihat High Lady Anastasia di dalam bilikku.

Aku drastik berdiri tegak lalu curtsy kepadanya. “Tuanku.” Aku menyapa sambil tersenyum mesra.

High Lady Anastasia memandang aku kosong sebelum matanya beralih pada Madam Fiona. “Fiona, kamu boleh pergi.”

Mendengar arahan yang meniti dari bibir High Lady Anastasia, Madam Fiona curtsy kepadaku dan High Lady Anastasia. Dia lantas keluar dan menutup pintu bilik dengan rapat.

High Lady Anastasia merenungku dari atas ke bawah. Matanya tajam memerhati setiap inci tubuhku. Pandangannya sama seperti Sierra dan rakan-rakannya tempoh hari, seakan-akan jengkel denganku.

Aku tunduk memandang pakaian di tubuh sendiri. Aku sudah berpakaian lawa. Takkanlah dia nak hina lagi?

“Jadi, kaulah Crown Lady itu?” soal High Lady Anastasia. Penuh angkuh nadanya.

Aku hanya senyum pahit, mengiyakan. What's with that voice tone? Tak boleh cakap dengan nada yang lebih sopan ke?

“Kau tahu kau akan kahwini anak aku dalam masa tujuh hari lagi kan?

Aku mengangguk. “Ya, Tuanku.”

The Royal Asmaraloka ⓒOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz