٣٢ | Forbidden Way

920 111 56
                                    

Memori26 tahun lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Memori
26 tahun lalu.

Lady Anastasia menghentak meja dengan tangannya. Dia terus-terusan membentak. "Kekanda Laura tidak selayak anakanda! Serahkan saja takhta itu kepada anakanda. Ayahanda pasti tidak mahu anakanda buat kecoh di Larga Vida bukan?" provoknya cuba bermain dengan mental High Lord Anthony.

High Lord Anthony memalingkan wajahnya. Buku limanya digenggam sehingga timbul urat-urat di tangan. "Cukup, Anastasia. Segeralah kembali ke kamar anakanda jika tak mahu ayahanda murka."

Lady Anastasia terus jatuh melutut di hadapan ayahandanya. "Bantulah anakanda, ayahanda. Anakanda sanggup lakukan apa saja demi takhta itu." Suaranya sangat terdesak.

High Lord Anthony memandang Lady Anastasia sekilas lalu memalingkan tubuhnya. Tangan disilang ke dada.

"Ayahanda lihat tiada yang istimewa dengan takhta itu. Anakanda hanya akan lelah mengurus hal-hal empayar. Bukankah anakanda lebih gemar bersuka-ria tanpa harus memikirkan urusan sepenting itu? Kenapa bersungguh-sungguh memujuk ayahanda ini?" Sungguh dia tidak mengerti dengan anakandanya yang beria-ria merayu kepadanya.

Lady Anastasia mengangkat gaun kembangnya sipi-sipi lalu bangkit dari lantai. Dia berdiri di hadapan High Lord Anthony.

"Memang tiada apa yang istimewa pada takhta itu tetapi anakanda tidak mahu kalah lagi dengan kekanda Laura! Anakanda sudah terlalu lelah untuk memberinya kemenangan lagi."

Terhasil kerutan pada dahi High Lord Anthony. "Kalah, menang? Apa maksud anakanda? Ayahanda tak mengerti." Ditenung wajah Lady Anastasia meminta penjelasan.

Lady Anastasia memeluk tubuhnya. "Sejak kecil lagi, semua hanya memandang kekanda Laura seorang sahaja. Kekanda Lauralah yang paling jelita, yang paling bijak, yang paling hebat, yang paling beradab. Kenapa hanya kekanda Laura seorang disanjung tinggi? Bagaimana dengan anakanda?" soalnya dengan suara yang meninggi. Riak wajahnya tidak puas hati.

Tangan Lady Anastasia dicapai pantas. "Anakanda, ayahanda minta maaf kerana tak pernah menyedari anakanda rasa tersisih."

Tawa sinisnya pecah. Tangan ayahanda ditepis. "Anakanda tak perlukan simpati ayahanda. Anakanda hanya mahu ayahanda berunding dengan Señor Damian supaya setuju anakanda menjadi isterinya."

"Anakanda pun tahu Señor Damian cintakan kekanda kamu."

Lady Anastasia mendecit sinis. Benci! Buku lima digenggam kuat. "Kalau begitu, ayahanda harus cari cara untuk singkirkan kekanda Laura dari hidup Señor."

Awal-awal lagi High Lord Anthony menggeleng, membantah cadangan anakandanya. "Tidak boleh begitu, Anastasia. Ayahanda harus berlaku adil terhadap anakanda berdua." Bukankah tidak adil buat Laura jika Anastasia yang mendapat takhta walhal Laura waris takhta yang utama.

Anastasia hela nafas sinis. Meluat dia dengar pernyataan ayahandanya. "Selama ini anakanda dipinggirkan demi memberi kepada kekanda Laura. Adilkah itu, ayahanda?"

The Royal Asmaraloka ⓒWhere stories live. Discover now