١٤ | Pregnant

1K 155 41
                                    

"Macam mana aku boleh ada di sini?" Aku menggaru kepala yang tak gatal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Macam mana aku boleh ada di sini?" Aku menggaru kepala yang tak gatal. Bingung dengan yang terjadi sekarang ini.

"Bukan semalam aku kat hutan dengan Alex ke?" Iyalah, aku bersiar-siar di hutan dengan Alex dan pagi ini aku tiba-tiba sahaja ada di istana. Apa yang dah jadi?

"Sayang, kau dah bangun." Aku tersentak apabila ditegur suara garau itu. Aku menoleh dan Denzell muncul dengan dulang emas yang ditatangnya. Ada pelbagai makanan di atas dulang itu. Dia hulur senyuman nipis kepadaku lalu meletakkan dulang itu di meja sebelah katil.

"Awak buat apa dekat sini? Saya dah cakapkan saya taknak tengok muka awak untuk dua minggu." Mendatar suaraku. Sedaya upaya aku kawal perasaan gembira melihat wajahnya benda pertama yang menyapa aku di pagi hari.

Tangan Denzell mengemaskan rambutku yang agak serabai. "Estrella, kau sakit. Maaf tapi aku tak boleh ikut apa yang kau nak sekarang ini. Aku risaukan isteri aku dan aku nak jaga dia." Lembut nadanya menerangkan kepadaku. Lebihan rambut di tepi wajah dia selitkan ke belakang telingaku.

Bertambah pening aku dengar pernyataannya. "Sakit apa? Saya okay je, elok lagi ini. Tak ada apa-apa yang..."

"Kau pengsan semalam. Ada penduduk desa yang jumpa kau di hutan," pintas Denzell laju.

"Hah? Saya pengsan?" Nadaku naik seoktaf.

Aku terima anggukan darinya.

"Kenapa saya tak ingat apa-apa? Saya tak ingat langsung apa yang dah jadi." Jelasku dengan suara yang kebingungan.

Aku beralih ke tepi sedikit, memberi ruang buat Denzell yang mahu duduk di sebelahku. "Aku ada arah tabib untuk periksa kau. Dia jumpa kesan pukulan dekat kepala." Tangannya naik menyentuh satu bahagian di kepalaku. Aku menduga mungkin di situlah kesan pukulan yang dia maksudkan.

Jarinya menekan kuat bahagian itu. "Sakit?" soalnya sambil memandang aku risau.

"Tak." Aku menggeleng dengan wajah polos. Siapa pula main pukul-pukul ini dan kenapa aku langsung tak ingat apa-apa?

"Mungkin kesan dari suntikan painkiller yang tabib beri semalam."

Aku mengangguk faham. Tiba-tiba aku teringat pada Alex. "Saya pengsan jadi Alex..."

"Ada lima pengawal istana yang tengah usaha mencari dia. Penduduk desa hanya menjumpai kau, Alex pula lesap begitu saja."

Aku terdiam. Sebelum ini, keluarga aku dan sekarang Alex pula? Ada sesuatu yang tak kena. Siapa dan kenapa? Aku tak ada jawapan lagi setakat ini.

Mataku memerhati saja setiap gerak geri Denzell. Tangannya mengangkat mangkuk berisi sup ayam. "Estrella, mari makan. Aku suap."

Aku menggeleng pantas. "Eh, tak apa. Saya boleh makan sendiri." Baru sahaja aku ingin mengambil mangkuk itu darinya, dia mengelak.

The Royal Asmaraloka ⓒWhere stories live. Discover now