٢٧ | Strange Dream

625 103 35
                                    

Aku tongkat dagu

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

Aku tongkat dagu. Termenung sambil-sambil menunggu suami tercinta di ruang santapan. Terfikirkan Madam Fiona yang rupanya seorang penganut agama Islam. Bagaimana nasibnya jika ada yang dapat tahu tentang itu? Aku sudah pasti akan menutup mulut serapi yang boleh tetapi andaikan kantoi juga... apa akan jadi pada Fiona?

“Kalau tak kuat termenung memang bukan bini aku,” sergah Denzell yang tiba-tiba muncul di sisiku.

“Awak!” Aku spontan terjerit sambil mengusap dada sendiri.

“Iya sayang...” Meleret-leret suara lelaki itu menjawabku. Denzell duduk di hadapanku lalu menghulur pinggan kosongnya.

Aku menyambut hulurannya. “Suka sergah saya macam tu. Tanjat bini awak ni tau,” omelku sambil mengaut lauk-pauk ke dalam pinggannya.

Denzell tahan senyum. Comel je bibir kecil itu mengomel. “Kau ni macam nenek-neneklah, asyik terkejut je.” Denzell terkekeh perlahan.

“Kalau saya nenek, awak datuk!” jawabku pantas sebelum menghulur pinggan yang kini dipenuhi hidangan pagi ini.

“Anak pun takde lagi nak dipanggil datuk apanya.”

Terdiam seribu bahasa aku dibuatnya. Senyap-senyap tanganku menyentuh perutku yang masih kempis. Hampir aku lupa kewujudan anak kecil ini. Tubirku terasa panas. Maafkan bonda, sayang.

Terhenti perbuatan Denzell yang ingin menyua sudu saat ternampak aku mengelamun. “Sayang, kau tak makan ke?” tegurnya hairan.

Aku tersentak. Cepat-cepat aku mengangguk. “Nak makanlah ini.”

Terlukis kerutan di dahi Denzell. Aneh, itu yang dia perasan pada isterinya kebelakangan ini. “Fikir apa tadi?”

Ting!

Mod nakal ingin mengusik suami pun muncul. “Tiba-tiba je teringat dekat Raven. Rindu pula dekat dia,” aduku sengaja cari fasal.

Terus berubah cemberut wajah kacak itu. Denzell mendengus geram. “Kenapa nak rindu mamat tu pula? Suami kau tak nak pula rindu.”

“Suami ada depan mata, buat apa nak rindu?” Aku tersenyum mengusik.

Wajah Denzell semakin tegang. Berdenting bunyi sudu dihempas olehnya. “Hilang selera aku nak makan.”

Hampir sesak dada aku menahan diri dari meledakkan tawa besar. Aku mengerling Denzell sekilas. Lihatlah betapa masamnya wajah kacak itu!

Aku rasa inilah masa yang sesuai. Aku menunduk memandang perutku sebelum mengusap-usap ia. Sengaja mahu menarik perhatian Denzell.

The Royal Asmaraloka ⓒजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें