٢٦ | Change The Rules

697 118 49
                                    

Tamat sudah masa seminggu lepas tangan dari urusan empayar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tamat sudah masa seminggu lepas tangan dari urusan empayar. Denzell kembali sibuk menguruskan kemasukan pedagang luar. Sementara aku bersiar-siar di hutan bersama Alfred dan Madam Fiona.

Aku usap kepala Alfred perlahan. Lalu aku menoleh ke arah Fiona yang sedang berjalan di sebelah Alfred. Sejak tadi lagi aku sudah perasan wajahnya yang bercelaru itu. Entah apalah yang bermain di fikirannya.

"Fiona, awak rasa cantik tak kalau saya tukar warna tali kekang ini? Bosanlah asyik hitam je," soalku cuba menarik perhatiannya.

Madam Fiona tersentak dari lamunannya. "Tuanku nak tukar dengan warna apa?"

"Warna hijau!" jeritku girang tanpa ragu.

Wajah Madam Fiona berubah kelat. Hijau? Lagilah tak sesuai dengan Alfred yang albino.

Melihat reaksinya, aku tertawa lucu. "Tak adalah, Fiona. Saya bergurau saja."

Bibir Madam Fiona terus tersenyum kecil. "Pandai Tuanku kenakan patik." Dia memuji.

"Saya perasan awak serius sangat dari tadi, Fiona. Ada apa-apa yang mengganggu awak ke?" soalku prihatin terhadapnya.

Madam Fiona kemam bibir. Dia berbelah bahagi sama ada nak terus pendam atau meluahkan apa yang mengganggu dia beberapa hari ini. "Boleh ke patik bercerita?" Lantas, soalan itu yang dia lontar.

Aku mengangguk, mengiyakan. Aku sentiasa terbuka dengan mana-mana pekerja di istana. Bagi aku, tiada yang salah memandang mereka sebagai teman.

Satu keluhan berat Madam Fiona lepaskan. "Dua tahun patik masuk Islam. Dua tahun ini juga patik banyak khilaf. Patik rasa malu, Tuanku. Malu dengan Tuhan patik." Dia menunduk menekur ke tanah, kesal. Kaki yang bergerak ditenung lama. Dia banyak khilaf pun Allah masih izinkan dia melangkah. Segala puji bagi Allah.

Terbit rasa simpati dalam hati aku. Tapi apa maksud dia, dia banyak khilaf? "Maaf, Fiona. Boleh saya tahu khilaf apa yang awak lakukan?"

Soalanku dibalas dengan keluhan kecil sebelum Madam Fiona menjawab.

"Patik sujud kepada keluarga diraja sedangkan orang Islam hanya dibenarkan sujud kepada Allah. Aurat patik banyak yang terdedah seperti lengan, kaki, rambut, leher."

Aku diam tak membalas tapi otak aku lincah memikirkan solusi kepada masalahnya.

"Saya benarkan awak tutup aurat. Soal sujud itu, saya akan cuba bincang dengan baginda Denzell untuk ubah peraturan itu."

Madam Fiona jadi gelabah. "Eh Tuanku, jangan macam ini." Tak senang duduk dia apabila dibantu maharaninya sampai begini sekali.

Sekonyong-konyong, aku tersenyum sendiri melihat responnya. "Tak apa, Fiona. Saya hanya tolong semampu saya," ucapku benar-benar ikhlas membantunya.

"Tapi Tuanku kalau patik tutup aurat nanti patik nak jawab apa dekat yang lain?" Itulah soalan pertama yang muncul di fikiran Madam Fiona sebaik sahaja maharaninya bilang mahu membantunya.

The Royal Asmaraloka ⓒWhere stories live. Discover now