اَلْخَاتِمَة

759 62 7
                                    

Terimalah, yang terakhir dari Mawar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terimalah, yang terakhir dari Mawar.

+

Sebulan. Denzell ambil masa sebulan untuk pulihkan semua kesan birat dan luka yang dia dapat daripada hukumannya. Cukup sebulan, aku dan dia memutuskan untuk mengadakan santapan malam secara besar-besaran. Ia bertujuan untuk menyampaikan kepada mereka tentang jantina bayi kami. Beberapa hari lalu, kami baru saja mengetahuinya melalui tabib Feyrose.

Kini, bunyi riang tawa menujah pendengaran. Tidak tinggal juga, dentingan dari sudu dan pinggan kaca yang berlaga. Suasana di meja makan begitu meriah dengan kehadiran semua keluarga diraja dari ketiga-tiga kerajaan di Ochumadora.

"Khabar mengatakan dan kami mendengar Tuanku sedang hamil. Apa itu benar, Tuanku?" soal Queen Callista dari kerajaan Wellingston. Mereka yang lain turut memandang aku dan Denzell silih-berganti. Tidak hairan kenapa mereka masih tidak tahu. Hanya kerajaan Bougary yang mengetahui tentang kehamilanku.

Aku dan Denzell berbalas pandangan seketika. Kami tersenyum nipis sebelum kembali memandang semua yang ada di situ.

"Ianya bayi lelaki," jawab kami bersama.

Suasana menjadi semakin riuh. Mereka semua mengucapkan tahniah kecuali...

"Yes! Wina akan dapat adinda lelaki!" jerit Edwina riang di tempat duduknya. Teruja benar dia mendengar kenyataan dari aku dan Denzell.

Queen Xaviera yang duduk di sebelah kiri Edwina menyentuh lengan anakandanya itu. "Wina sayang, bukan adinda. Baginda akan menjadi pemegang takhta untuk mentadbir empayar kita suatu hari nanti," tegurnya penuh kelembutan.

Aku tersenyum senang melihat anak-beranak itu. Melihat hubungan mereka yang akrab buatkan aku tertanya. Apa aku juga akan merasa perkara yang sama apabila ada anakanda sendiri nanti?

King Ivan dari kerajaan Wellingston meletakkan sudu dan garpunya di atas pinggan. Napkin di riba digunakan untuk mengelap bibir. "Your Highness, bila mahu mengganti tempat ayahanda kamu? His Majesty pun sudah tidak muda untuk mentadbir Bougary. Mungkin sudah tiba masanya kamu mewarisi takhta." Sambil itu, dia melontar bicara kepada Prince Xavier.

Aku menahan tawa mendengar nama Prince Xavier dipetik tiba-tiba. Habislah, dia dah jadi topik perbualan. Tentang mewarisi takhta pula itu. Kalau tentang warisi takhta, kenalah kahwin dulu. Aku jeling Prince Xavier yang duduk selang tiga kerusi dariku. Dia memandang aku bagaikan meminta bantuan. Aku hanya mampu mengangkat bahu sambil menyengih.

King Edward, ayahanda kepada Prince Xavier tertawa kecil. Ayat King Ivan membuatkan hatinya geli. "Your Majesty terlalu pandai berkata-kata. Jangan lupa yang kamu pun tua sama saja seperti saya," usiknya semula memulangkan paku buah keras.

The Royal Asmaraloka ⓒWhere stories live. Discover now