٢٣ | Truth About Fiona

697 109 57
                                    

Kata Feyrose memang aku akan teringin sesetengah makanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kata Feyrose memang aku akan teringin sesetengah makanan. Dan aku benar-benar menginginkan pai ayam di tengah malam ini. Tapi aku tak mahu kejut Denzell. Aku tak mahu dia curiga.

Aku mencelik mata, mencuri lihat Denzell yang nyenyak tidur di sebelahku. Aku mengalihkan lengannya dari pinggangku berhati-hati.

Perlahan-lahan aku mengesot turun dari katil lalu berjalan ke arah pintu sambil berjengket kaki.

Sret.

Bunyi seretan kecil yang terhasil apabila pintu ditutup membuat aku menggigit bibir sendiri. Aku hanya mampu berharap yang Denzell tak terjaga.

Langkah diatur menuju ke tangga sehinggalah aku melintasi bilik High Lady Anastasia, langkahku mati. Masih ingat dengan rahsianya yang aku simpan hingga saat ini?

Rahsia High Lady Anastasia adalah bersama dia, tidur dengannya. Sir William, lord in waiting kepada Denzell.

Malam ini, aku menyaksikan lagi kemesraan mereka seperti sebelum ini. Sungguh aku simpati dengan ayahanda kerana isterinya mencuranginya dalam diam. Sudahlah esok ayahanda akan berangkat ke luar empayar.

Aku menggeleng. Aku patut kembali pada tujuanku. Aku memanjat tangga sehingga ke tingkat empat. Semua bilik pekerja istana ada di situ. Aku ingin mencari Madam Fiona. Mahu dia masakkan aku pai ayam.

Sesampai sahaja di tingkat empat, aku menarik nafas panjang. Mahu tak mengah aku merentasi dua tingkat. Tapi ada satu perkara yang menimbulkan rasa aneh dalam hatiku.

Ada satu cahaya memancar keluar dari salah satu ruang bawah pintu bilik di tingkat ini. Bilik siapa itu?

Aku mengatur langkah mendekati bilik itu. Semakin dekat jarakku dengan pintu, semakin kuat satu lagu yang dinyanyi dengan bahasa asing.

Telinga dilekap pada pintu, mencuri-curi dengar nyanyian itu. Hati aku terbuai dengan nyanyiannya yang menyenangkan.

Lama aku berkeadaan begitu sehingga terdetik satu soalan di minda. Siapa agaknya pemilik suara itu?

Aku jeling kunci pintu. Hanya ada satu cara untuk tahu. Perlahan-lahan aku tolak pintu.

"Fiona?"

Aku terkedu.

Nak tahu apa yang buat aku terkejut?

Kepalanya... bukan. Seluruh tubuhnya tersarung kain putih dan dia sedang duduk di atas lantai berhadapan dengan senaskah buku yang diletak atas bantal.

The Royal Asmaraloka ⓒWhere stories live. Discover now