٥ | The Day

1.1K 207 85
                                    

Aku merenung diriku yang terpampang pada cermin besar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku merenung diriku yang terpampang pada cermin besar. Seorang dayang mendandankan rambutku, seorang dayang lagi menambah solekan pada wajahku. Tubuhku sudah tersarung sebuah gaun putih yang kembang.

Aku masih tidak mampu lupakan apa yang terjadi tengah malam tadi. Di malam perkahwinan kami pun Denzell boleh tidur dengan perempuan lain apatah lagi selepas kami kahwin. Entah berapa banyak lagi perempuan dia mahu tiduri.

Lamunanku termati saat semua dayang istana yang ada di dalam bilik mula berbalah. Gelagat mereka mencuit hati aku sedikit sebanyak.

“Di mana kasut kaca milady?” pekik seorang dayang. Matanya tercari-cari kasut kaca yang akan dipakai olehku.

“Tadi aku nampak ada je kat situ!” balas Li Na sambil menuding jari ke tepi meja solek.

Make up milady pastikan jangan tebal, jangan tipis!” pesan Areum kepada salah seorang dayang yang menyolek wajahku.

Serentak itu, wajahku ditepek lagi sedikit bedak dan pemerah pipi.

“Pastikan semua yang hadir terpukau dengan kecantikan milady.”

“Li Na, tolong letakkan mahkota milady!”

Sebuah mahkota eksklusif bertatahkan berlian paling mahal diletak kemas di atas kepala.

“Seseorang pasangkan veil milady!”

Veil sepanjang sepuluh meter dipasang di atas kepala dan diikat kemas pada mahkotaku supaya tidak tertanggal apabila ditiup bayu. Veil itu mengaburkan sedikit pandanganku.

“Jambangan bunga milady mana?” tanya Areum.

"Dekat katil!"

Areum menghulur jambangan mawar putih kepadaku. “Here is the bouquet of flowers, milady.

Aku tersenyum manis kepadanya lantas menyambut hulurannya. “Terima kasih, Areum.”

“Tolong betulkan gaun Milady! Jangan sampai Milady terjatuh kerana terpijak gaunnya sendiri.” Gaunku dikemaskan sedikit oleh Li Na.

Terusik hatiku mendengar mereka semua saling bertengkar. Rasa ingin ketawa pun ada. Bila lagi aku dapat rasa seperti ini? Hari ini, hari pertama dan terakhir aku akan rasa kerana cukup seorang saja aku kahwini.

Don't get me wrong. Aku hanya mahu perkahwinan ini jadi yang pertama dan terakhir dalam hidup aku. Ugh, tak boleh lagi cringe ke, Lea?

Milady.” Satu suara memanggilku lantas menarik aku kembali ke realiti.

Madam Fiona menunduk hormat dengan wajah yang tak lekang dengan senyuman. Matanya yang berkaca-kaca membuatkan aku tak senang duduk.

The Royal Asmaraloka ⓒWhere stories live. Discover now