♟️YD II 51

47 4 0
                                    

Yussuf menggeleng kepala. Kata-kata Wana yang bermain di kepalanya cuba diusir pergi.

Kadang dia membunyikan hon,mahu menghalau kata-kata itu pergi.

Minyak kereta ditekan. Meluncur laju kereta itu dibuatnya.

"Kalau saya kata ada?"

"Kau aku punya sampai mati! Kau paham tak?!"jerit Yussuf.

Dia menghentak tangan ke stereng.

"Kalau aku dapat la laki tu,memang aku cincang 14. Berani la kau cari pasal dengan aku"bebel Yussuf seorang diri.

Dia berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah. Nafas ditarik lalu perlahan-lahan dilepaskan.

"Huh,kau berani la cari pasal dengan aku Safwanah. Aku ei aku geram betul la"

"Dia boleh minta cerai? Eh perempuan ni,silap besar la nak berpisah dari aku. Ko ingat ko sape"bebelnya lagi.

Amboi bang,borak macam ada orang dekat sebelah.

Dia memang teramat marah dengan Wana,namun dia tak mahu menyakiti isterinya itu. Sebabtu la jadi begitu,cakap sensorang.

"Apesal le panas sangat ni"rungutnya lagi. Aircond dibuka ke tahap paling maksima.

Salah sendiri rupanya,tak buka aircond.

Lampu isyarat tadi bertukat hijau. Yussuf mula menekan pedal.

"Ya Allah!"Yussuf terkejut melihat sebuah lori yang bergerak pantas di sebelahnya. Hampir saja dia dilanggar oleh lori itu.

Namun dia hilang kawalan apabila keretanya sudah berada di lorong paling kanan. Ditambah dengan pemanduannya yang sememangnya sedikit laju,kereta itu merempuh penghadang jalan.

"Adeh"Yussuf menggosok kepala yang terhantuk.

Belum sempat dia reda dari perasaan cemasnya,ada benda yang merempuh kuat belakang keretanya.

Kepalanya terhantuk kuat pada stereng membuatkan dia berkerut seribu. Rasa sakit itu menjalar sehingga ke satu badan.

Yussuf menggigil. Tangannya naik meraba kepala.

"Ya Allah! Accident!"

"Call ambulans dan polis cepat!"

"Sakit!"jeritnya. Pandangannya sudah berbalam-balam. Dia mula menangis.

"Ya Allah bang,sabar bang. Kami cuba tolong"

"Sakit..sakit.."rintih Yussuf.

"Abang? Siapa nama abang? Abang dengar suara saya?"

"Sakit.."

Lelaki itu menggeleng. Not good.

Kala itu dia terperasan telefon bimbit yang hitam berkilat itu jatuh di tempat kaki pemandu. Dia mengutip telefon itu. Sedikit retak.

"Main phone waktu drive?"gumamnya sendirian.

Siren ambulans sedikit mengejutkannya.

"Beri laluan!"

Lelaki itu bergerak ke tepi.

"Sakit.."

"Bertahan sekejap encik"kata petugas medik itu. Cervical collar dicapai sebelum dipasang di leher Yussuf. Tubuh Yussuf diangkat lalu diletak di atas stretcher.

Lelaki tadi hanya memandang. Sewaktu itu dia terpandang dompet Yussuf yang berada elok di dalam ruangan sebelah pemandu itu. Dompet itu diambil.

"Yussuf Danial bin Yasir"gumamnya perlahan.

YUSSUF DANIAL 2Where stories live. Discover now