♟️YD II 23

25 3 0
                                    

"Morning sayang"ucap Yussuf apabila melihat Wana menggeliat. Dia yang sedari tadi menongkat dagu memandang Wana mengukir senyum.

Ingatkan taknak bangun dah.

Terkebil-kebil Wana memandang Yussuf yang hampir dengan mukanya itu.

"Sana sikitlah"tolak Wana.

Wana yang baru hendak bangun itu terduduk semula. Bahunya terasa di tarik sebelum dia terlentang semula di atas katil.

Belum sempat dia buka mulut,Yussuf sudah memeluk pinggangnya sebelum muka lelaki itu diletak di celah lehernya.

Keras Wana disitu. Nak apa suaminya ni pagi-pagi buta ni.

Hangat hembusan nafas Yussuf menampar kulit lehernya.

Pagi lagi ni Yussuf..

Wana menolak muka Yussuf. Dia mencebik melihat Yussuf memandangnya.

"Apa? Abang ni dah kenapa? Pagi-pagi nak mengada"

"Mengada?"

Wana pasrah saja bila dia ditarik semula. Lagi sikit je tau tak kaki dia nak cecah lantai tadi.

"Mengada hm?"

Wana pantas menekup bibir Yussuf dengan jemarinya.

"Taklah,mana ada abang mengada. Tak mengada pun"Wana senyum lebar sehingga hilang kedua matanya.

Ini senyum tahan sabar namanya ni.

Wana terdorong ke depan bila Yussuf menarik baju tidurnya.

What the heck?!

Terkebil-kebil matanya memandang Yussuf di bawahnya itu.

"Ha habistu? Ni siapa yang mengada sekarang ni?"usik Yussuf sebelum tangannya melingkar ke pinggang Wana.

Wana memegang tangan Yussuf bila merasa tangan lelaki itu menyusup masuk ke dalam bajunya.

Biasa dia ni.

"Abang nak apa ni? Sayang nak bangunlah"Wana memasamkan muka.

Yussuf ketawa buatkan Wana tersenyum sama. Haihlah,nasib baik saya sayang awak tau.

"I just want my morning kiss"

Wana mengguling mata. Cepat-cepat dia mencium bibir Yussuf sebelum bangun dari tubuh lelaki itu.

"Bangun cepat. Abang lambat pergi kerja nanti jangan salahkan sayang pula"

Wana mencapai tualanya di penyidai.

"Yussuf!"Wana menjerit bila dia ditarik sekali masuk ke dalam bilik mandi bersama Yussuf. Cepat-cepat Yussuf mengunci pintu.

"Nanti abang lambat macamana? Abang kenalah mandi dengan sayang"Yussuf sudah membuka bajunya. Keningnya dijongket ke arah Wana.

"Eh,eh. Sayang tak boleh lari. Kena mandi sekali"Yussuf menahan pintu dengan tangan kirinya apabila Wana berura mahu keluar.

"Apa masalahnya,pahala pun dapat"Yussuf mengenyit mata sebelum membaling baju t-shirt nya ke arah Wana.

Wana gigit bibir. Kalau kena cepuk pagi-pagi ni apa pun tak dapat.









"Ayden,temanlah ibu kejap"

"Ayden mengantuk sangat ni bu. Ibu nak pergi mana?"soal Ayden. Matanya hampir tertutup semula.

"Ayden,cepatlah"lengan anak bujangnya itu dicapai.

Ayden menenyeh mata. Ya Allah,mengantuk sangat ni Ya Allah. Kenapa ibu ajak aku keluar pagi-pagi ni?

Matanya menjeling jam. Baru pukul 8 pagi!

YUSSUF DANIAL 2Where stories live. Discover now