♟️YD II 44

38 4 2
                                    

Iman tertunduk-tunduk menahan kantuk. Tareq pula sudah lena bersandar di bahu Iman. Masing-masing sudah mengantuk sangat,namun masih berdiri untuk menunggu berita tentang Hazeeq.

Iman tersedar bila pintu wad kecemasan itu dikuak. Seorang doktor lelaki keluar dari bilik itu.

"Maaf,kami dah cuba semampunya. Jantung pesakit tadi terhenti selama 5 minit. Kita sudah cuba semampunya. Yang lain cuma perlu berserah"

Iman terkelu mendengar berita itu.

"Kami sudah keluarkan implant microchip di bahagian lehernya. Namun keadaan pesakit makin teruk. Apa yang boleh saya kata,harapan pesakit untuk sedar dan normal semula adalah sangat sangat tipis. Saya anggarkan,hanya tinggal 2 atau 3 jam sahaja untuk pesakit hidup. Tapi kita hanya mampu merancang. Selebihnya berserah"

"Dan.."

"Kalau sedar pun,mungkin pesakit akan hilang ingatan secara kekal kerana otaknya turut terkesan. Apa pun kita perlu berserah"

"Baik doktor. Terima kasih banyak-banyak"

"Boleh kami melawat pesakit?"

"Boleh. Tapi jangan lama-lama"pesan doktor lelaki itu sebelum meminta diri.

"Riq,aku nak masuk. Kau turun la bawah dulu"Iman menyenggol bahu Tareq. Tidur tak ingat dunia,kalah Harez.

"Em"dia lihat Tareq duduk di kerusi panjang di kawasan menunggu itu.

"Aku tunggu kau"katanya sambil mata masih terpejam. Tak lama kemudian dia tertidur semula.

Iman menolak pintu ICU itu penuh berhati-hati.

"Assalamualaikum Hazeeq"air mata yang bergenang sedari tadi tumpah jua.

"Hazeeq,kau sakit sekarang ni. Kau dekat hospital"Iman berbisik lagi.

"Kau kena sedar. Kita dah janji kan?"

"Tapi Hazeeq.."

"Kalau kau sakit sangat,aku nak kau tahu satu benda"

Iman pandang Hazeeq yang tenang berbaring di atas katil itu. Air mata sedaya upaya dia tahan.

"Aku minta maaf atas salah aku. Aku maafkan salah kau Hazeeq. Aku terima kalau malam ni kau pergi tinggalkan kiteorang Ziq"

"Kalau kau pergi,kau dah tak sakit dah Ziq. Kau akan sihat,takde sakit-sakit dah"air matanya meleleh lagi.

"Kau akan jumpa anak isteri kau Ziq. Kau akan bahagia semula"

"Hazeeq Xavier,aku sayang kau. Kau kawan aku,kawan terbaik aku pernah ada. Maaf,aku tak dapat bawa Yussuf pada saat terakhir kau"

Namun Hazeeq hanya kaku. Tiada balasan untuk setiap kata-kata Iman.

Iman tertunduk. Dia memandang pergerakan dada Hazeeq. Beberapa saat sebelum dia mendengar bunyi mesin di sebelahnya berbunyi nyaring.

"Innalillahiwainnailaihirajiun"dada Hazeeq tidak lagi berombak. Tiada lagi pergerakan.

Iman memejam matanya. Selamat tinggal,Hazeeq.

Terima kasih untuk semua.



































"Mana daddy?"

Iman menjeling Wana yang hanya senyum nipis itu. Mungkin menangis di dalam.

"Daddy kerja"

"Ayden sakit pun daddy kerja?"

"Daddy Ayden tu belum kena ketuk lagi dengan papa. Nanti papa piat telinga dia"Iman mencelah. Nak tunggu Wana jawab? Lepas dia termenung dulu baru jawab.

YUSSUF DANIAL 2Where stories live. Discover now