♟️YD II 24

23 4 3
                                    

"Sayang!"Wana terdorong ke hadapan apabila Yussuf tiba-tiba datang dari belakang terus memeluk lehernya.

"Abang! Lepas lah"Wana menepuk lengan Yussuf yang melingkar di lehernya.

"Taknak"Yussuf memeluk erat Safwanah yang meronta ingin lepaskan diri.

"Yussuf,apa buat isteri macamtu. Lemas nanti"tegur Dato' Yasir. Tergeleng dia lihat Wana yang menolak kuat wajah Yussuf.

"Papa tolong"Wana buat muka kesian pada Dato' Yasir.

"Yussuf Danial.."

Pipi Wana dicium sebelum tangannya meleraikan pelukan.

Mencicit Wana lari ke dapur. Huwaa taknak kawan Yussuf.

"Mama!"

"Oh mamak!"melatah Datin Bee dibuatnya. Wana yang sedang gelak itu dia jeling sekilas.

"Amboi! Suka dia terkejutkan mama eh. Cubit kang"

Cepat-cepat Wana mencapai tangan ibu mertuanya sebelum disalam.

"Hehe,sorry la mama. Eksaited sangat jumpa mama"

"Tahu dah. Siapa je tak eksaited jumpa mama. Semua eksaited"Datin Bee flip rambut.

"Ceh,berlagak pula dia"Wana mencebik sebelum merapati periuk di atas dapur.

"Sedapnya mama masak"

"Eh ni bukan mama masak,ni mak masak. Mama masak lauk pantang Min je"

Wana terangguk-angguk. Tangannya mengacau ayam masak lemak cili api di dalam periuk.

"Mak mana mama?"

"Mak keluar. Anak dia ambil tadi"

"Eh biras! Bila sampai?"soal Zarul yang tiba-tiba masuk dapur itu.

"Oi biras. Baru je sampai. Min mana?"

"Dia tidur. Merajuk dengan mama kenapa dia kena makan lauk pantang lagi"

Datin Bee sudah bercekak pinggang.

"Dia kena ingat dia tu czer. Eii budak bertuah ni. Kalau tidak dijaga sekarang dah tua nanti banyak sakitnya"bebel Datin Bee.

"Apa mama bising-bising ni"Yussuf yang sedang memeluk tubuh itu menyampuk.

Matanya dikenyit ke arah Wana namun dibalas jelingan.

Ugh,sibuk.

"Adik kamu tu haa,eish degil sangat. Bukannya lama pun pantang"bebel Datin Bee lagi.

"Biasalah mama. Orang dah biasa makan sedap,sekali kena makan rebus-rebus je. Memang lah"jawab Yussuf sebelum menepuk bahu Zarul yang sedang membasuh botol baby itu.

"Woi adik ipar!"

Tersedak Zarul dibuatnya. Bertuah punya Yussuf.

"Wana buat apa dekat dia sampai dia gembira sangat tu?"soal Datin Bee. Tergeleng dia melihat perangai anak sulungnya itu.

Wana mengerling Yussuf yang sedang tergelak itu. Bibirnya terukir senyum.

"Entahlah mama,apa yang dia suka sangat pun Wana taktahu"

"Wana ada buat something ke? Gembira semacam tu"

Wana sembunyi senyum.

Adalah kot goda Yussuf sikit pagi tadi.

Ehek.

Wana menyinsing lengan baju,mahu menyiang sayur.

"Biar lah mama buat nanti Wana. Pergilah duduk depan"

YUSSUF DANIAL 2Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα