♟️YD II 11

23 4 0
                                    

Sejak dari peristiwa haritu,Ayden sudah tidak nampak pelajar peemepuan bernama Natasya itu.

Biarlah,kata Adlina budak perempuan itu sudah pindah.

Dia pula rasa seronok pukul orang. Kalau ibu tahu ni mampus dia kena bebel.

Tapi yang tak syoknya sekarang,mata cikgu seakan tak mampu berkalih dari mukanya.

Kalau orang lain buat salah pun dia yang akan kena pandang dulu.

Choi,lemah.

Daddy kata takpayah layan,jadi kita takyah layan.

Kita kan anak daddy.

Tapi sayang ibu lebih.

Sedang dia berjalan itu,ada seseorang merempuh bahunya kuat.

Tersentak Ayden dibuatnya. Dia sudah memandang ke arah kertas yang berterabur di lantai itu.

"Maaf,maaf"tertunduk-tunduk pelajar perempuan itu meminta maaf.

Ayden tunduk membantu budak perempuan itu mengutip kertas.

"Maaf Ayden"

Kita husnuzon budak perempuan ni kenal dia sebab tag nama yang dia pakai. Bukan sebab kes seminggu lalu ya.

Ayden mengangguk sebelum dia menyerahkan kertas tebal itu pada pelajar perempuan tersebut.

Luka-luka pada kekura pelajar perempuan itu dipandang.

Tanpa sedar dia memegang dagu perempuan itu lalu didongak ke atas.

"What the.."terkejut Ayden melihat muka budak perempuan itu mempunyai luka-luka kering. Ada satu lebam yang masih baru di tepi bibir dan kening.

Ayden tersentak bila tangannya ditepis kasar. Dia hanya memerhati kelakuan pelajar perempuan yang merenungnya tajam itu.

Okay sister,saya tahu lah saya salah sebab pegang awak sesuka hati. Tapi awak pandang saya macam saya nak cium awak dah kenapa?

"Kenapa dengan muka kau?"

"Nothing to do with your business"

Terjongket kening Ayden. Wow. Speechless.

"Maisarah!"

Ayden dan Maisarah berpaling pada punca suara itu.

"Apasal yang kau lambat sangat ni hah?! Oh,dating eh? Orang suruh buat kerja sikit lembab nak mampus!"

Ayden memandang Maisarah yang terkulat-kulat itu.

Maisarah memandangnya,bagai meminta tolong.

Senyum sinis Ayden lorekkan.

"Nothing to do with me"

Ayden terus berlalu pergi dari situ.









"Nah,mama bagi"sebuah bekal Aryan hulurkan pada Ayden.

"Kau nak pergi mana?"mata Ayden meliar pada wajah Aryan. Cepat-cepat ni nak pergi mana?

"Aku kena tolong cikgu. Kau makanlah"

"Nak ikut"beg berisi bekal dia dan Aryan dia angkut sekali.

Bosanlah makan takde Aryan.

"Sukahati kau lah"

Mereka berlalu ke bilik guru. Suasana memang agak meriah dengan cikgu-cikgunya yang riuh sekampung.

Almaklumlah,terpisah beberapa jam dek kerana jadual berbeza.

Ayden memeluk tubuh bila beberapa orang guru memandangnya.

YUSSUF DANIAL 2Where stories live. Discover now