♟️YD II 10

25 4 0
                                    

"Ya,saya tahu"

Wana rasa nak tepuk saja Yussuf yang sambil lewa mengangguk itu.

"Encik Yussuf! Perkara ni bukan sesuatu yang boleh dianggap sambil lewa. Anak encik telah menyakiti pelajar lain. Encik sedar atau tidak?"fed up cikgu perempuan tersebut. Daripada tadi menahan geram melihat perilaku Yussuf di hadapannya.

Yussuf ketawa sinis.

"Emotional. And you called yourself a teacher? What a waste"

Wana sudah pasrah. Sorry not sorry la cikgu.

"What did you say?!"

"Tch,women"

Wana sudah menjongket kening di sebelah. Wah wah. Aku pula yang terasa ni dah kenapa?

"Anak encik telah buat kekasaran dengan menampar murid di sekolah ini. Dan itu merupakan kesalahan besar Encik Yussuf"

"Ouh yeke? Tak nampak pun kesalahan tu. Kata besar?"

Ayden sudah mengguling mata melihat daddy nya loyar buruk.

Tolong kutip dia ni. Kesian nengoknya.

Cikgu perempuan itu sudah mati kata.

"Dah habis dah?"soal Yussuf.

"Let me speak"

"Pelajar bernama Natasya tu telah membuat satu kesalahan juga kepada anak saya. Membuli. She's bullying my daughter and no action were taken. So i think it is fair and square right?"

"Tapi masih,anak encik telah menyakiti fizikal murid lain"

"Habis,anak saya kena buli buat kerja sekolah budak tu. Bukan saja fizikal yang penat,mental anak saya juga terjejas. Dah tak memasal anak saya nak kena bebankan fikiran dia untuk buat kerja sekolah budak tu. My daughter wasn't born to that"Yussuf sudah mula dingin.

No smile smile anymore!

"Tapi anak encik tu perempuan. Apa kes abang dia pula yang datang lempang pelajar tu?"ternyata cikgu tu tetap tak mahu kalah.

"Adoi perempuan ni"keluh Yussuf.

"Itulah fungsi seorang abang. Melindungi. Atau lebih kepada fungsi seorang lelaki. Saya rasa cikgu turut maklum lelaki ini bersifat melindungi. Dan saya pun dah didik anak saya untuk bertanggungjawab memandangkan dia punya ibu dan dua orang adik perempuan. Dan saya tak rasa anak saya bersalah dalam kes ni. Titik!"

"Saya taknak besarkan kes ni. Tapi kalau mak bapak budak perempuan tu datang serang anak saya,you just wait"

"Boleh saya ambil anak saya cikgu?"lembut suara itu namun masih sinis di pendengaran semua.

"Ayden,come here"panggil Wana. Auch,terasa bangga pula dengan anak dia.

Tipulah kalau tak menular rasa kesiannya pada budak perempuan yang kena lempang dengan Ayden tadi.

"Daddy"

"Aryan? Tak masuk kelas?"Yussuf menyapa anak angkatnya itu.

Kelakar betul la soalan kau Yussuf. Tak dengar ke loceng dah bunyi tadi?

Aryan hanya memandang kosong.

"Woops,silly mistake"

Aryan tertawa kecil. Beg Ayden dia hulur pada Yussuf.

Matanya mencari anak mata Ayden yang menunduk saja itu.

"Yah,gwenchana?"bahu Ayden dirangkul.

YUSSUF DANIAL 2Where stories live. Discover now