♟️YD II 36

20 4 0
                                    

Wana duduk termenung di atas katil.

Air mata dia tumpah.

Rasa tak enak badan itu ada makna rupanya. Namun hanya beberapa jam dia tahu sebelum anaknya pergi meninggalkan dia selamanya.

Wana teresak sendiri. Dengan kehilangan Ayden,boleh buat dia jadi gila.

Dia membuang pandang ke arah balkoni bila terdengar suara Yussuf.

Suara itu,buatkan dia bertambah benci.

Semua punca dari lelaki itu.

Dia terdengar di hospital tempoh hari,kalau dia sampai ke hospital lebih awal,anaknya mungkin boleh diselamatkan.

Tapi dia keguguran. Gugur gara-gara Yussuf.

Wana seka air matanya. Kehilangan Ayden juga berpunca dari lelaki itu.

Cuai.

Bagaimana dia hendak mengawal lagi emosinya. Sudah tiga hari dia menahan rasa.

Dia tak boleh tengok Yussuf. Dia benci!

Faham tak benci?

Anaknya hilang kerana Yussuf.

Dia juga keguguran gara-gara Yussuf.

Pintu bilik yang dikuak dari luar itu buatkan lamunannya pecah. Tajam matanya memandang Yussuf.

"Sayang,makan time"

"Saya taknak makan. Awak letak je situ"

"Eleh,sayang selalu cakap macamtu. Nanti makan juga"Yussuf buat degilnya. Dia meletak dulang makanan di night stand sebelum memandang Wana.

"Makan sikit,aku suap"

"Saya kata taknak tu taknaklah. Tak dengar ke?"keras Wana bersuara.

"I don't care. Sayang makan,makan ubat dan cepat sihat. Aku taknak kau sakit"

"Tapi awak yang bagi saya sakit ni"

Yussuf menghela nafas berat. Dia sedaya upaya cuba menceriakan diri dia demi Wana.

Balik-balik kena marah. Ingat tak penat ke.

"Macamana dengan Ayden?"

Yussuf diam. Segala urusan Ayden dia serahkan pada Iman.

Lagipula,macamlah dia tak tahu apa-apa. Dia tahu je,malas nak bagitahu apa yang dia tahu.

Hehe.

"Iman tak update lagi"

Wana menjeling Yussuf tajam.

"I want my children back"

"I can only give you your son back. Kita kena reda sayang tu bukan rezeki kita"lembut Yussuf memujuk. Penat juga dia bila Wana semakin banyak cakap ni.

Tiga hari lepas Wana diam saja. Tak banyak sangat bercakap.

Melihat Wana diam,Yussuf mengangkat pinggan. Penat dia berperang kat bawah tadi masak memandangkan mamanya sudah balik semula ke rumah membawa kembar.

Senang sikit kerja Yussuf.

Dengan tiba-tiba Wana menepis pinggan itu. Berterabur nasi di atas katil dan lantai.

Yussuf membatukan diri. Dia harus jadi sabar,sesabar sabar umat sekarang ini.

Emosi Wana tidak stabil,dia tak mahu sakitkan isterinya. Kata-kata yang akan keluar dari mulutnya ketika marah pasti akan menyakiti hati Wana.

Yussuf bangun dari katil sebelum mengemas taburan nasi.

"Kalau dah lapar nanti panggil"ringkas saja pesanan Yussuf sebelum dia berlalu keluar.

YUSSUF DANIAL 2Where stories live. Discover now