♟️YD II 39

24 4 0
                                    

"Jawablah call Hazeeq"Iman rasa nak baling telefon luar tingkap. Tak reti angkat telefon takyah beli tepon!

Yussuf pula sudah hilang entah ke mana.

Tertekan Iman dibuatnya. Tareq pun tak dapat dihubungi.

Iman membelok pantas bila satu kereta hitam tiba-tiba masuk ke jalannya.

Dia menggenggam erat buku limanya. Kurang ajar,aku dahla tak bawa apa-apa melainkan kasih sayang Teha.

Eh.

Mata Iman menjeling tajam nombor plat kereta itu. Shit.











Yussuf melangkah longlai. Dirinya sudah beberapa kali terjatuh akibat anggota badannya yang lemah tak bermaya itu.

"Wana dah tinggalkan aku.."

"Dia dah tak sayang aku dah.."

Penat berjalan,dia duduk bersila di bahu jalan. Dia sendiri taktahu ke mana arah tujuannya sekarang ini. Dia hanya berjalan,berjalan dan berjalan tanpa arah tujuan.

Dirinya sehelai sepinggang,tiada apa melainkan hati yang hancur.

Kau punya ayat author,betul-betul kena dengan situasi.

Dia berkerut bila terdengar bunyi heretan kerusi yang berpanjangan. Dia dekat mana ni?

Bangun Yussuf,jadi seorang lelaki. Kena tinggal dengan bini pun lemah macamni.

Yussuf mengelipkan matanya. Lah,dia ada dekat belakang Leagle house rupanya.

Yussuf bangun. Rasanya pintu belakang pun dia masih ingat cara nak masuk dia kot.

Yussuf melompat di tembok sebelum dia mendarat dengan sempurna ke dalam. Sama seperti anak kembarnya buat sewaktu turun dari tangga.

Yussuf menggeleng kepalanya,tidak mahu tenggelam dalam emosi.

"Raise your hand!"

Terperanjat Yussuf dibuatnya. Laju dia mengangkat tangan.

Lah,Tareq rupanya.

Namun muka Tareq tiada sebarang senyuman. Mukanya bengis.

"Riq,ni aku la Yussuf"kot la dia tak perasan kawan dia ni. Mustahil tapi donno la.

"Yes,you are Yussuf. The reason why all this shit happened"

Yussuf kerut dahi. Ouh,nak salahkan aku centu je?

Dia pandang lama sepucuk pistol di tangan Tareq itu. Lurus diacu padanya,tepat di dahi.

"Sedihnya,kau nak tembak aku ke?"Yussuf rasa dirinya bertambah lemah. Semua buang dirinya. Ada bini pun bini lari.

"Be a man Tareq. Aku rasa kau kena jaga anak kau kan? Budak kecik tak boleh dengar benda kuat sangat"

Tareq ketap bibir. Aku nampak mukanya yang sembab itu,menangis banyak sangat agaknya.

"Kau nak selamatkan Aisyah kan?"

Bang!

Tembakan Tareq tersasar kerana dia menggigil semasa melepaskan tembakan. Muka Yussuf berubah beku.

Dia berlari apabila Tareq ingin melepaskan tembakan kali kedua. Sejurus kemudian dia terdengar suara tangisan bayi.

Yussuf menentang pintu bilik yang dia tahu punya senjata di dalam itu. Dia tahu kerana senjatanya pun ada dalam tu.

Baru je nak taubat,Tareq ni.

Dia mencapai sepucuk pistol sebelum berlari semula. Dia nampak kelibat Tareq.

YUSSUF DANIAL 2Where stories live. Discover now