♟️YD II 45

25 4 0
                                    

Iman mengagahkan jua diri untuk naik ke tingkat atas. Walaupun mata dah tak boleh nak buka,tapi dia kesian pula bila teringat Teha tidur seorang di atas.

Pintu dibuka seperlahan yang boleh,tak mahu lena isterinya itu terganggu.

"Eh?"kus semangat.

"Abang pergi mana? Satu pagi baru balik? Sayang tunggu abang dari tadi dah"

"Abang pergi tengok Ayden tadi"

"Satu pagi baru balik? Abang pergi mana?"

Iman tidak menjawab. Dia membuka topi di kepala.

"Yang,picitkan kepala abang jap. Pening la"dia rebahkan kepala di paha Teha. Bestnya dapat baring.

"Abang tak jawab lagi soalan sayang. Abang pergi mana? Wana kata abang dah balik pukul 6 lebih tadi dah"tangannya mengurut perlahan kepala Iman.

Iman memejamkan mata. Ringan sedikit rasa kepala.

Teha memandang geram ke arah Iman. Mamat ni,orang tanya taknak jawab. Tidur pulak tu. Eii.

"Mama.."Aryan tiba-tiba muncul di sebelahnya. Matanya bertakung air.

Teha beralih ke tepi bila Iman bangun dari baringnya. Anak lelakinya itu kemudiannya ditarik naik ke atas katil sebelum dipeluk erat.

Lama Iman memeluk Aryan. Dia tahu Aryan masih trauma akan benda yang sudah jadi.

"Papa tahu Yan kuat kan"bisiknya perlahan.

"Semua dah takde. Yan dah selamat sekarang. Papa ada dengan Yan"

Tercebik-cebik Aryan menangis. Bulu matanya basah lencun dengan air mata.

"Haihla,sebiji mama tengah nangis"

Teha menjeling. Apahal aku pula kena.

"Dah,Yan masuk bilik semula dengan papa jom"Iman turun dari katil sambil memimpin Aryan.

Teha hanya memandang. Tiba-tiba dia teringat akan Ayden.

Haih.






















"Ibu,nak tu"

"Kita kan nak beli barang untuk Ibu Aisyah? Adlin nak kasi gula-gula ke dekat Ibu?"

"Boleh juga. Gula-gula kan buat orang happy!"

Wana menggeleng.

"No,nanti Adlin mengadu sakit gigi dekat ibu malam-malam. Nanti siapa yang tak boleh tidur?"

Adlin mencebik.

"Go get anything else. Kalau elok ibu bagi"Wana tersenyum melihat muka cemberut Adlin. Tapi dia kena ajar anaknya itu. Makan gula-gula banyak tapi taknak gosok gigi.

"Adlin amik mineral water jela"

Wana tergelak.

"Kat rumah dah ada mineral water. Jangan nak mengada"dia mencapai roti putih panjang lalu diletak di dalam troli.

Dia terpandang akan jem blueberry yang biasa dia beli untuk Yussuf itu. Senyuman hambar terbentuk.

Yussuf..Yussuf.. Apa yang awak buat dekat saya ni?

"Ibu!"berlari-lari Adlin ke arahnya.

"Adlin nak balik. Sekarang,cepat ibu"

"Adlin,kenapa ni?"tak senang Wana anaknya itu menarik-narik bajunya.

"Adlin nampak daddy! Ibu cepat lah bayar,Adlin nak pergi dekat daddy"

Lama Wana memandang anaknya.

"I..Ibu?"

YUSSUF DANIAL 2Where stories live. Discover now