♟️YD II 4

24 5 0
                                    

"Ibu,betul ke kita tak boleh sakitkan hati perempuan?"

Safwanah yang sedang memandu itu memandang sekilas anak terunanya di sebelah.

Salah time betullah budak ni tanya,aku dahla baru belajar bawa kereta.

Terbabas kereta ni aku yang kena dengan bapak dia kang.

"Iya betul. Kenapa Ayden tanya?"matanya menjeling cermin pandang belakang. Kedua anak gadisnya sudah selamat terbang ke alam mimpi.

"Ouh"hanya itu balasan Ayden.

"Ayden kenapa? Ayden ada buat salah?"

"Ayden,hm. I don't know"

"Well,you can let ibu know"

"Maybe next time"

Safwanah memandang anaknya itu. Dah buka cerita tapi taknak habiskan cerita.

Sama macam nak tumbuk orang tapi tak sampai hati.

Telefon Wana berbunyi nyaring. Ayden laju mencapai telefon tersebut.

Incoming video call from abe Yussuf♡

"Ibu,apa maksud abe ni?"

Wana tergelak. Dia sengaja je letak nama tu,lupa nak tukar.

"Angkat lah daddy call tu,nanti ibu kena bebel sampai Subuh esok"

"Siapa yang membebel sampai subuh esok?"

Wana memuncung bibir memandang anaknya yang sedang  mengangkat bahu itu. Cis. Sampai hatimu wahai anak.

"Abang lah yang membebel. Takkan sayang pula"

"Abang nak apa? Sayang tengah drive ni"

"Saja,rindu sa.."

Pap!

Terkebil-kebil Wana memandang anaknya yang selamba menutup telefon itu.

"Apa?"

Apa? Apa dia soal aku?

Ya Allah,tempah maut betul budak ni.

"Ibu,ibu kena fokus drive. Setakat layan daddy kata rindu la apa la tu,kat rumah boleh. Buatnya terbabas lepastu meninggal,separuh nyawa daddy rindu pun tak dapat jumpa balik tau"

Wana terkebil lagi memandang anak terunanya itu berkata.

Ya Allah,anak aku ke ni?

Tiada yang salah pada percakapan Ayden. Namun Wana tetap termangu sendiri.

"Ibu? Ibu dengar tak ni?"

"Dengar,terima kasih sayang"tangan Wana bergerak mengusap rerambut anaknya. Keretanya membelok pada simpang perumahan rumahnya.

"Eh,maksu"tegur Ayden bila ternampak kereta Yasmin.

Wana mengejut dua orang anak gadisnya yang masih lagi tidak sedarkan diri.

"Bangun cepat! Kalau tak ibu kunci kereta!"

Terpisat-pisat lah mereka bangun. Ibu memang tak baik.

"Maksuuu"berlari-lari anak Ayden mendapatkan maksunya yang sudah sarat itu.

Terkedek-kedek Yasmin berjalan mendapatkan abangnya.

Silap,kembar abangnya itu.

"Ayden! Eii maksu rindu tau tak?!"

"Ayden pun rindu maksu. Paksu mana?"ramah Ayden bertanya.

Wana hanya memandang anak terunanya. Inilah perangai bila dengan orang yang dia suka.

YUSSUF DANIAL 2Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum