Bab 12 - Hanyut

825 11 1
                                    

Sudah sebulan Faisal sepi tanpa kata selepas peristiwa mereka bertengkar. Adra kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan rutin harian sebagai isteri, ibu dan juga pekerja di pejabat. Seperti yang diduga, lelaki yang bergelar suami orang itu hanya mahukan tubuhnya saja, melayan nafsu serakah yang tidak kenal erti meskipun ketika bersama si isteri. Adra yang bodoh, begitu mudah menyerahkan maruah diri pada lelaki yang pandai bermain kata-kata mengumpan cinta dan rindu.

Benar apa yang dikata, menjalin hubungan terlarang yang tiada hala tuju dan berpenghujung akan sentiasa berakhir dengan kekecewaan kerana terlalu meletak sepenuh kepercayaan pada janji-janji palsu. Adra serik untuk bermain cinta lebih-lebih lagi pada lelaki yang berstatus suami orang.

"Babe, buat apa kau nak bazir airmata bagai untuk lelaki tak guna tu. Kita ni perempuan, ada maruah diri juga, setakat jantan macam tu berlambak dekat pasar malam la. Kita kena jadi mahal, baru lelaki yang 'mampu' saja dapat memiliki kita. Kau fahamkan maksud aku." Kata Sabreena.

Sabreena adalah satu-satunya kawan baik yang dia percayai. Silap Adra kerana tidak memadamkan chat mereka. Dibiarkan sahaja terdedah pada komputer.

Adra ketika itu sedang sibuk menjawab panggilan telefon didatangi Sabreena meminta softcopy fail invoice. Adra menyuruh Sabreena mencari sendiri di dalam desktop. Adra terlupa ketika itu dia sedang berbalas chat dengan Faisal.

Tiada rahsia antara mereka berdua sejak terbongkarnya chat ayat-ayat cinta Faisal pada Adra dibaca tanpa sengaja oleh Sabreena. Tidak tahan diasak dengan berbagai soalan dari Sabreena, akhirnya Adra menceritakan kesemua kisah hidupnya. Sejak dari itu mereka semakin akrab, berkongsi segala kisah suka duka antara mereka.

"Kau masih ada suami Adra, biar pun dia dingin tetapi dia tetap suami kau yang masih tinggal serumah, makan sepinggan, tidur sebantal. Seburuk-buruk suami kita, buruk lagi perangai jantan berstatus suami orang yang makan luar, dah pula tu lepas dapat apa yang dia nak kita pula dibuang macam kain buruk."

"Ish, geram pula aku dengan si Faisal, kalau dapat memang aku cepuk dia cukup-cukup." Marah Sabreena.

"Dah, kau tak payah nak sedih-sedih ke frust ke apa pun eh. Bukan kau dapat duit pun nak ratapi kesedihan bagai. Kau masih ada suami, anak-anak dan keluarga yang masih menyayangi kau termasuklah aku. Kalau kau sunyi, aku ada. Aku tahu kau wanita yang kuat, if not tak adanya kau masih bertahan dengan perangai suami kau yang tah hapa-hapa tu bertahun-tahun begini." Bebel Sabreena lagi.

Adra termangu seketika mendengar bebelan Sabreena dan mula membuka mata dan nampak dengan jelas tentang kebenaran kata-kata Sabreena itu. Benar, untuk apa dia beriya-iya kecewa untuk lelaki berstatus suami orang yang hanya tahu bermain kata dengan janji palsu demi kerana nafsu. Hati Adra telah dibutakan dengan sandiwara cinta lelaki dengan alasan tidak bahagia!

Adra sudah letih untuk memberi hatinya pada lelaki lain lagi, untuk apa dia kejarkan cinta dari lelaki lain sedangkan Adra seharusnya perbaiki hubungannya dengan Daniel. Adra bertekad, tidak akan jatuh pada godaan lelaki lagi selepas ini!!

Daniel, suaminya adalah lelaki terbaik yang dia pernah kenali biar pun sejak kebelakangan ini si suami semakin dingin dengannya tanpa sebab. Seburuk mana pun sikap suaminya, Adra masih lagi menyayangi Daniel. Dikala ini biarlah Adra mengalah, berusaha menyemai kembali rasa cinta buat suaminya walaupun Daniel semakin tidak mempedulikan perasaanya.

Petang itu, berbagai rancangan telah Adra aturkan. Hari ni adalah hari kelahiran suaminya dan dia merancang untuk memasak dan makan di rumah berdua-duaan dengan Daniel. Mujur mertuanya memahami, anak-anak daranya akan bermalam di rumah bersama nenek mereka, memberi laluan pada Adra dan Daniel untuk menjalani kembali detik-detik indah cinta antara mereka setelah berbulan-bulan masing-masing membuat hal sendiri. Dia mahu pastikan malam ini, asmara cinta mereka akan kembali hangat seperti malam pertama dulu.

Pawana CintaOnde histórias criam vida. Descubra agora