Bab 2 - Abadikan Memori

983 15 0
                                    


Gambar selfie Nash terpampar di skrin handphone Adra.

Bulat mata Adra melihat gambar itu.

Sungguh Adra tidak menyangka dengan apa yang dilihat ketika ini.

OMG!!!...

Speechless!

Seriously hensem gila si Nash ni. Dunia Adra seakan berhenti berputar seketika disaat melihat senyuman manis yang terukir dari bibir atas Nash yang berlekuk cantik biarpun dengan hanya menatap gambar pegun itu.

Indahnya ciptaan Tuhan!

Ping...

Mamat bengang: Okay, I juga teruja nak melihat rupa disebalik nama Adra ni. Selfie la satu, jangan kedekut...

Kini Adra mula sangsi, dirinya tidaklah secantik mana tetapi lesung pipit yang terbit dikala dia mengukir senyuman membuatkan rupanya manis dipandang.

Haruskah dia juga menghantar gambar pada Nash? Apa pula pandangan Nash setelah melihat rupa paras dirinya?

Ping...

Mamat bengang: I'm waiting...tik tok... tik tok..

Adra mengeluh perlahan. Ingin mengelak tapi dia sudah gatal mulut berjanji malam tadi dengan philosophy gilanya iaitu boleh berkawan jika saling bertukar gambar masing-masing. Kini dia pula ingin memungkiri janji.

Chat Nash dibiarkan tidak berjawab. Jari Adra lincah membuka galeri gambar di handphone dan mula mencari gambar yang sesuai.

Setelah beberapa minit mencari, akhirnya satu gambar telah dipilih. Adra pasti Nash akan mula menukar fikiran setelah melihat gambar itu.

"Confirm Mamat ni tak jadi nak ajak aku pergi minum coffee lepas tengok gambar ni." Adra senyum jahat.

Tanpa membuang masa, Adra membuka kembali aplikasi Telegram dan menghantar gambar dirinya pada Nash.

Ping..
Ping..
Ping..
Ping..

Bertalu-talu notifikasi chat Telegram dari Nash masuk. Adra buat tak reti kerana dia perlu segera menyiapkan inventory asset untuk di hantar pada finance department sebelum pukul 12.

Tepat pukul 12 tengahari Adra pergi menghantar file yang diminta pada Kak Rina, otai paling lama duduk di finance department.

"Kak Rina, apa-apa nak tanya nanti akak cari saya dekat tempat biasa eh. Saya nak pergi fogging jap." Adra tersengih.

"Hmmm...yelah, fogging banyak sikit biar mati semua nyamuk-nyamuk dekat belakang tu." Kak Rina menyindir dalam gurauan.

Adra hanya tersengih. Sedikit pun dia tak ambil pusing dengan kata-kata pedas dari rakan sekerjanya kerana mereka sudah lama bekerja di syarikat yang sama dan semua sedia maklum Adra Aaira adalah seorang social smoker.

Adra menyalakan sebatang rokok, tangannya lincah membuka aplikasi telegram. Hati teruja ingin mengetahui maklum balas Mamat bengang selepas melihat dirinya.

Mamat bengang: Takde la tua sangat macam dah nak pencen.

Mamat bengang: Tengok gaya macam keje gomen je.

Mamat bengang: Tapi kalau nak ajak minum kopi jugak boleh tak?

Mamat bengang: Nak borak dengan u depan-depan

"What!!!." Senyuman Adra mengendur, perasaan tak puas hati dengan kata Nash ni betul-betul mengundang.

"Aku ni baru masuk 30 kot, tua ke?" Adra mengomel sendirian.

Pawana CintaUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum